Seram…Keluarga Nunez Diganggu Anak Patung Bermata Biru
Keluarga Nunez yang menetap di El Callao, Peru, mendakwa
mereka telah dihantui oleh anak patung bermata biru yang sama seperti kisah
Annabelle. Khabarnya anak patung itu dirasuki roh jahat.
Macam dalam filem pula.
Anak patung itu bernama Sarita dan ia telah dituduh
menyebabkan berlakunya aktiviti ghaib di rumah Nunez. Bermula dengan
cahaya-cahaya aneh diikuti dengan suara mencurigakan hingga kepada luka akibat
cakaran di tubuh anak-anak keluarga Nunez.
Kejadian aneh ini bermula sejak tujuh tahun lalu selepas si
ibu, Ivonne, memberikan anak patung berkenaan kepada tiga anak-anaknya.
Menurut Ivonne dan ketiga anaknya, Sarita akan
berpindah-pindah tempat dengan sendiri.
Manakala salah seorang anak mereka, Steven, 18, berkata, dia
pernah terbangun dari tidur dan mendapati terdapat luka cakar serta lebam di
tubuhnya yang tidak diketahui berasal dari mana.
Sementara kakaknya, Angie pula berkata, dia sering mendengar
suara aneh di tengah malam seperti suara ketukan sebanyak tiga kali di pintu
atau almari padahal tiada sesiapa di situ.
Mereka juga merasakan seperti ada yang memerhatikan dari
sudut rumah setiap malam dan untuk mengusir roh jahat itu, keluarga Nunez telah
memutuskan untuk mendapatkan bantuan seorang paranormal yang bernama Soralla
dari Los Angeles.
Ketika Soralla mengelilingi rumah itu, dia telah mengesan
kehadiran seorang perempuan misteri di satu sudut rumah dan dia adalah kakak
ipar kepada seorang wanita yang telah membunuh diri.
Ulasan
Catat Ulasan