Keadaan Terkini Bayi Yang Jatuh Dari Tingkat 6 Apartment.
Jakarta: Seorang bayi bernama Giovani Diaz berusia 2 tahun 6 bulan telah ditemui dalam keadaan selamat selepas terjatuh dari tingkat 6 Apartment South Chrysant Tower ( Apartment Rajawali), Sawah Besar, Jakarta Pusat. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada hari Sabtu yang lepas telah tersebar secara meluas di laman media sosial.
Natalia langsung tidak menyangka bahawa anaknya itu mampu membuka tingkap yang menghadap ke balkoni tersebut kerana tingkap tersebut sememangnya berkunci. Natalia hanya mengetahui anaknya itu terjatuh ketika sedang dalam perjalanan pulang dari membeli susu dan ternyata dia amat terkejut dengan kejadian yang menimpa anaknya itu, kata Agus semalam.
Selepas kejadian Giovani telah dikejarkan ke RS Mitra Keluarga Kemayoran untuk menjalani rawatan di ruangan ICU.
Giovani dikatakan amat bertuah kerana masih selamat walaupun dia telah terjatuh dari tingkat 6 dengan ketinggian sekitar 30 meter.
Akibat dari kejadian, mangsa mengalami pendarahan yang amat serius sehingga terpaksa di bedah kerana mengalami pembengkakan di bahagian otak.
Pembedahan yang memakan masa selama 2 hari tersebut dilakukan bagi membersihkan sisa-sisa darah yang melekat di bahagian otak dan kedua-dua pembedahan telah menelan belanja sehingga Rp 148 juta atau RM48 ribu lebih. Perkara tersebut telah di maklumkan oleh ibu mangsa sendiri.
Giovani dikatakan telah mula sedarkan diri serta sudah mula bercakap semula selepas pembedahan ke atasnya berjaya.
Untuk maklumat semua, Giovani merupakan anak tunggal yang duduk bersama nenek dan ibunya selepas kedua orang tuanya bercerai.
Syarikat Tour and Travel di Jakarta di mana tempat ibunya bekerja telah turut menghulurkan bantuan bagi membiayai pembedahan mangsa.
Video kejadian Giovani yang jatuh turut tular dilaman media
sosial sejak beberapa hari lalu dan turut mengundang simpati pengguna media sosial.
Ulasan
Catat Ulasan