Juliana Evans Kekok Diekori ‘Bodyguard’ Selepas Kahwin Kerabat Diraja Johor
Sejak berstatus isteri kepada Tengku Sharuffuddin Shah
Tengku Sulaiman Shah Al-Hajj yang juga kerabat diraja Johor dan Selangor,
aktres cantik Juliana Evans mengakui mula melalui kehidupan berbeza.
Memetik laporan mStar online, Juliana berkata, jika dulu
kehidupannya lebih berdikari dan dia selesa melakukan kerja sendiri, kini dia
agak kekok apabila langkahnya kini diawasi pengawal peribadi.
“Pada mulanya saya tidak faham dan tidak suka ada orang ikut
saya ke mana sahaja saya pergi, saya mahu bergerak bebas sendiri macam biasa.
“Tapi sejak berkahwin suami minta saya biasakan dengan
perkara-perkara itu untuk keselamatan, dia marah jika saya keluar seorang
diri,” ujarnya
Juliana atau nama sebenarnya dan Tengku Sharuffuddin
diijabkabulkan dalam sebuah majlis tertutup pada 30 April lalu.
Juliana yang menetap bersama keluarga mertua di Shah Alam
mengakui sudah berpeluang memasak dan menghidangkan sarapan pagi kepada
suaminya.
Katanya, biarpun perlu membiasakan diri dengan bantuan
pembantu rumah, dia mahu suaminya merasai sendiri air tangan seorang isteri.
“Di rumah memang ada pembantu, tapi saya sudah biasa
sediakan semua barang keperluan sendiri dan masak sendiri. Alhamdulillah,
setakat ini saya sudah sediakan sarapan untuk suami dan masakan makanan ikan
bilis tumis.
Dalam pada itu, Juliana berkata, perkahwinan berkenaan tidak
merubah perjalanan kerjaya dia sebagai anak seni. Dia masih meneruskan bidang
lakonan dan pengacaraan seperti biasa.
Perkembangan lain, filem terbaharu lakonannya berjudul Bella
& Jemie akan ditayangkan tidak lama lagi. – mD
Ulasan
Catat Ulasan