Akhirnya Cindy Ng Berdepan Berdepan Hukuman Gantung
Permatang Pauh: Kes remaja wanita berusia 19 tahun yang memandu melawan
arus sehingga menyebabkan seorang lelaki maut, Selasa lalu, kini disiasat
mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selepas mendapat arahan Pejabat Timbalan
Pendakwa Raya negeri.
Sumber berkata, sebelum ini kes disiasat mengikut Seksyen 44
Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan selepas kertas siasatan disiapkan pihak
pendakwaan mahu siasatan kes dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksan
kerana membunuh.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner
Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid ketika dihubungi enggan mengulas lanjut mengenainya.
Bagaimanapun, beliau berkata, kertas siasatan berkenaan kes
akan dihantar semula kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya hari ini.
“Kita mahu suspek dituduh dengan segera memandangkan kes ini
mendapat liputan meluas serta membabitkan kepentingan awam,” katanya kepada
Harian Metro, di sini.
Dalam kemalangan itu, Mohamad Fandi Rosli, 26, maut selepas
terbabit dalam kemalangan membabitkan enam kenderaan di Kilometer 134, Lebuh
Raya Utara Selatan arah utara dekat Permatang Pauh, angkara remaja itu.
Remaja terbabit didapati positif dadah dan sudah dituduh di
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam Jumaat lalu mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah
berbahaya 1952 namun mengaku tidak bersalah.
Suspek kemudian dibenarkan ikat jamin RM5,000 dengan dua
penjamin.
Ulasan
Catat Ulasan