Wanita Kongsi Pengalaman Menjadi Mangsa Rogol Selva Kumar Subbiah.
Susan Chapelle Salah seorang dari seribu wanita dan kanak-kanak yang
telah menjadi mangsa perogol bersiri Selva Kumar Subbiah tidak dapat menahan
kesal apabila mendapat tahu orang yang telah merogolnya dengan sangat kejam
dibebaskan.
Chapelle adalah seorang penyelidik BC yang kini berusia 48
tahun,dia dirogol oleh Selva Kumar pada tahun 1989 dan itu adalah sejarah hitam
dalam hidupnya.
Kata Chapelle lelaki berasal dari Malaysia yang berusia 56 tahun itu
menghendap dan mencari mangsa wanita di dalam dan sekitar pusat bandar Toronto.
Dia akan bertemu mereka dengan menyamar
sebagai ejen pemodel atau penjual haiwan peliharaan eksotik,katanya.
Sejauh mana kes jenayah seks yang dilalukan Selva Kumar yang
berasal dari Pulau Pinang diketahui penyiasat Brian Thomson(sudah bersara)
selepas memasuki sebuah bilik rumah mengandungi puluhan gambar dan jurnal,
penarafan buku mangsa, serta kuantiti besar ubat tidur Halcion.
Akhirnya Selva Kumar didapati bersalah pada bulan Disember
1992 dan Januari 1997 ,75 jenayah, termasuk 26 tuduhan serangan seksual pada
kanak kanak.
Akan tetapi pada 29 Jan
lalu, selepas menjalani hukuman lebih dari 24 tahun, Selva Kumar dihantar
pulang ke negara asalnya Malaysia.
Susan Chapelle berkata bahawa dia mengenali seorang Pengawal
penjara memaklumkan kepadanya bahawa Selva Kumar masih berbahaya dan akan
mengulangi kesalahan yang sama.
Chapelle menceritakan pengalamannya menjadi mangsa rogol Selva Kumar bermula dari dia terbaca sebuah iklan untuk model karya pada tahun 1989 ketika itu usianya 20
tahun.
Katanya Selva Kumar memilihnya dari ratusan wanita yang
menghubunginya hingga satu pertemuan di atur.
Chapelle kemudian dibawa kesebuah rumah sekitar 4km dari
jarak rumahnya di kejiranan Pantai Toronto. dalam pertemuan itu Chapelle
diberikan segelas wain pada jam 5 petang.
“Saya tidak ingat apa apa, saya bangun jam 11 pagi dan
mendapati skirt saya berada dibelakang dan merasakan sakit yang sangat dahsyat
diseluruh tubuh”
“Saya tidak tahu apa yang berlaku, saya menganggap ia satu
kejadian yang sangat mengerikan,saya pergi kerumah orang yang tidak saya
kenali dan meminum segelas wain itu adalah alasan mengapa saya tidak mengadukan
kejadian kepada polis”
‘Saya adalah salah satu dari beratus wanita yang menjadi
mangsa, sebahagian besar dari kami telah menahan diri untuk bercakap dan
melaporkan kejadian tentang pengalaman ngeri itu kerana kami berasa bersalah
malah bertahun -tahun selepas semuanya terungkap”
Selain itu terdapat juga stigma sosial yang berterusan dari
rakan, ahli keluarga mungkin akan menyalahkan
mereka kerana menyumbangkan peluang untuk di serang.
“Itu adalah salah satu sebab utama saya tidak dapat bercakap
pengalaman menjadi mangsa rogol extrime. saya tahu saya akan dipersoalkan, saya
pergi keluar dengan orang asing menaiki kereta, ketika itu saya tidak bersedia
meletakkan diri saya dihadapan pendakwa dan saya benar-benar takut jika di soal
siasat”.kisahnya.
Chapelle juga pernah ingin melarikan diri dari memori pengalaman
hitam dengan cara membunuh diri, namun niatnya itu dibatalkan semula, beliau
kemudian memutusakan untuk berunding dengan seorang kaunseling dan
menyarankannya untuk bercakap dengan Polis
Pada masa yang sama, pihak polis dan media tidak
mengambil berat tentang kes Chapelle dan Selva Kumar kaerana dia bukan berita
yang besar ketika itu.
Pembunuh bersiri Paul Bernardo ketika itu menjadi tajuk
utama di setiap berita dan surat khabar pada masa itu.
“Saya boleh mengatakan ketika itu saya benar-benar berharap
seseorang membantu saya dan meletakkan perkara yang salah di tempatnya”kata
Chapelle
Bagaimanapun penyiasat bersara Thomson telah menghubungi
Chapelle menjelang pembebasan Selva Kumar Subbiah dan meminta maaf kerana
mengabaikan pengalaman Chapelle ketika itu.
Thomson juga tahu bahawa kesan Selva Kumar sukar untuk
dilupakan, oleh itu sesiapa yang menjadi mangsanya selama ini agar datang
ke balai polis menyatakan kebimbangan mereka.
Selain itu Thomson berkata bahawa Selva Kumar adalah penjenayah
seksual yang sangat genius, ia akan meletakkan sedikit kesalahan sendiri untuk
difikirkan mangsa agar tidak mengadukannya kepada polis”katanya.
Ditanya sama ada Selva Kumar akan berjalan bebas di
Malaysia, beliau menjawab pemain berusia 56 tahun itu sudah menjalani hukuman
di Kanada,”perkara selanjutnya adalah di bawah bidang pihak kuasa Malaysia.”
Bagi pihak Chapelle berkata, dia masih dihantui oleh
pemikiran bagaimana dia melakukan sesuatu untuk mengelakkan Selva Kumar
daripada memusnahkan banyak jiwa.
Beliau yang berkongsi cerita di laman media sosial mengaku
telah menerima berpuluh-puluh pengakuan wanita yang telah menjadi mangsa Selva kumar yang selama ini memilih untuk mendiamkan diri.
“Saya tahu kebanyakan wanita berusia 20 tahun akan sangat
tertarik menjadi terkenal, dipuji ramai, ingin terlihat lain dari pada yang
lain,hal inilah yang menjadi senjata Selva Kumar” harap kalian membuang sifat
ini,sarannya
Bagaimanapun Selva Kumar yang sampai di Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kelmarin, kerajaan Sabah enggan menerima tetamu
tidak di undang itu.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Musa Aman berkata, Selva tidak
dibenarkan memasuki Sabah kerana dia dianggap sebagai individu berisiko tinggi
dan berpotensi menimbulkan bahaya kepada orang ramai, terutama wanita dan
kanak-kanak.
Kita tidak boleh mengambil risiko dan melindungi rakyat
negeri ini. Arahan ini dikuatkuasakan serta-merta kepada Jabatan Imigresen
Sabah, ” katanya dalam kenyataan semalam.

Ulasan
Catat Ulasan