Video Ibu Dan Anak Maut Berpelukan Dihanyut Banjir

Seorang ibu dan anak ditemui mati berpelukan selepas rumah mereka ditenggelami banjir besar di SMAN 2 Bogor semalam.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 3 petang itu aliran sungai tiba-tiba melimpah dan merobohkan empangan sehingga pecah.

Air deras telah menghanyutkan sebuah rumah keluarga Hamid 37 tahun yang berada berhampiran sungai berkenaan, beliau dan anak lelakinya berjaya menyelamatkan diri, namun sayang isteri beliau Anita Fauziah 26 tahun dan anak perempuannya Dzia Mahira 4 tahun maut dalam kejadian berkenaan.

Hamid yang dirawat dihospital menceritakan kejadian, Dzahwan anak lelakinya yang berada di depan rumah berteriak banjir, saya kemudian berlari dan melihat empangan air sudah pecah, katanya semalam.

Hamid berkata dia melihat isteri sambil memeluk anaknya hanyut  di bawa arus banjir.

Sementara dia dan anak lelakinya berpegang pada salah satu tiang depan rumah mereka.

Saya sempat mengejar isteri dan anak kami yang hanyut tetapi kerana arus sungai terlalu kuat akhirnya dari kejauhan saya hanya melihat tangannya melambai ke atas ketika itu saya berpegang pada pokok kelapa katanya sayu.

Dalam kejadian berkenaan Hamid mengalami luka di bahagian kaki dan kepala manakala anak lelakinya mengalami luka ringan di bahagian tangan.

Sementara isteri dan anaknya yang ditemui berpelukan akan dikebumikan hari ini.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

10 Gambar Dan Video: Percaya Atau Tidak, Harimau, Beruang Dan Singa Ini Berkawan Baik Sejak Kecil.