Tular Video Siti Aisyah Sambut Hari Lahir Sebelum Jong-nam Dibunuh
Petaling Jaya – Suspek wanita yang ditahan reman berkaitan
kes pembunuhan Kim Jong-nam, Siti Aisyah dilaporkan telah menyambut hari
jadinya sebelum berlakunya kejadian di Lapangan Terbang Kuala Lumpur 2 (KLIA2)
itu.
Melalui satu video yang dimuatnaik oleh China Press Daily di
Youtube pada Sabtu, seorang wanita, dipercayai Siti Aisyah dilihat telah
bercakap tentang seorang rakan lama bernama ‘Kak Lin’ yang sedang duduk di
sebelahnya, ketika majlis sambutan hari jadinya, dipercayai sehari sebelum
Jong-nam dibunuh.
Bagaimanapun, wajah Kak Lin dalam video tersebut telah
dikaburkan.
Siti Aisyah, yang memakai blaus warna merah memulakan
percakapan dalam rakaman video dengan memberitahu bahawa dia sudah lima bulan
tidak bertemu Kak Lin yang dikenalinya enam tahun lalu.
“Dari Kak Lin tak kahwin lagi, sampai sekarang Kak Lin dah
mengandung,” katanya.
Dalam video selama satu minit empat saat itu, kedua-dua
mereka kelihatan gembira, mesra dan saling bergelak ketawa.
Sebelum rakaman video tamat, Kak Lin sempat menyatakan
bahawa ‘orang di sebelahnya’ sudah menjadi artis.
Sambil ketawa, Siti Aisyah bertanya: Artis apa?
Apabila Kak Lin menjawab ‘Uqasha Senrose’, Siti Aisyah
tergelak besar dan rakaman video ditamatkan.
Siti Aisyah adalah antara empat individu yang ditahan polis
secara berperingkat susulan pembunuhan Jong-nam pada 13 Februari lepas.
Berdasarkan laporan, dia lahir pada 11 Februari 1992 di
Serang, Indonesia.
Empat dalang yang disyaki merancang pembunuhan itu telah
meninggalkan Malaysia dan tiga lagi suspek sedang diburu. – mStar
Ulasan
Catat Ulasan