Bayi 2 Bulan Maut Diberi Makan Pisang Dan Biskut
Semalam
tersebar screenshot whatsapp tentang kematian bayi berusia 2 bulan yang mati
dipercayai kerana makan pisang dan biskut marie di Indonesia. Ada orang tanya
saya betul ke pisang dan biskut marie boleh menyebabkan kematian tersebut. Ini
ulasan saya berdasarkan info terhad pada screenshot whatsapp yang ada.
Pemberian makanan berbentuk pepejal atau semi-pepejal kepada
bayi berusia bawah 4-6 bulan berisiko menyebabkan usus sumbat. Antara tandanya
ialah perut membusung (abdominal distension) kerana usus membengkak akibat
pengumpulan makanan dan minuman yang terhalang.
Apabila usus sumbat, risiko untuk bayi muntah-muntah adalah
tinggi, lebih-lebih lagi jika pemberian minuman atau makanan tetap diteruskan.
Kebiasannya muntah (vomitus) ini keluar mengikut mulut dan kadang-kadang hidung
atau tertelan semula, namun ia boleh juga masuk ke dalam saluran pernafasan
hingga paru-paru (aspiration into the lung) terutamanya bagi bayi.
Apabila muntah ini masuk ke dalam paru-paru, ia menyebabkan
keradangan paru-paru (pneumonia) yang boleh mengakibatkan kesukaran untuk
bernafas. Jika radang terlalu teruk (severe pneumonia = pneumoni berat), ia
boleh menyebabkan kematian.
Pengajarannya, bukan semua petua atau tradisi boleh diikut
bulat-bulat. Jika ada petua yang disahkan merbahaya berdasarkan landasan ilmu,
tinggalkan sahaja.
Elakkan juga daripada jadi baik tidak bertempat dengan
memberi makanan kepada anak orang lain tanpa izin ibubapanya kerana anak itu
mungkin ada kontraindikasi kepada makanan tertentu. Niat memang baik, tapi
caranya salah.
Beri makanan pelengkap pada usia 6 bulan bermula dengan
bentuk semi-pepejal, secair yang boleh dahulu, kemudian baru ditambah
kepekatannya mengikut kesesuaian.
Jika bayi muntah-muntah dan perut membusung, dapatkan konsultasi
di fasiliti kesihatan dengan segera.
Nota 1: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan
info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau
situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.
Nota 2: Ini adalah pandangan peribadi penulis berdasarkan
info terhad pada satu screenshot whatsapp sahaja dan bukannya diagnosis atau
situasi sebenar selagi tiada pengesahan daripada pihak terlibat.
Ulasan
Catat Ulasan