Video Ngeri Wanita Mengandung Maut Ditembak Ketika Menari.
BATHINDA - INDIA. Seorang wanita maut mengandung maut
selepas terkena tembakan 'meraikan perkahwinan', Sabtu lalu.
Laporan NDTV mengatakan Kulwinder Kaur terkena tembakan oleh
penembak, Billa ketika menari di atas pentas.
Suami Kulwinder, Harjinder Singh mendakwa kejadian tersebut
bukan disengajakan dan Billa sengaja menembak isterinya.
Sementara itu, pihak berkuasa menganggap kejadian tersebut
sebagai 'tidak disengajakan' sehinggalah siasatan selesai.
"Maklumat lanjut akan diberikan selepas bedah
siasat," kata pegawai polis, Daljit Singh.
Saksi juga mendakwa kejadian tersebut tidak disengajakan
selepas menyaksikan senapang patah yang digunakan Billa tersekat dan tiba-tiba
menembak mangsa.
Mangsa merupakan ahli kumpulan muzik yang sering membuat
persembahan di majlis perkahwinan.

Ulasan
Catat Ulasan