Video Kejam Budak 7 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup.
Kejadian itu berlaku di daerah Badagry di ibu negara Nigeria
ini.
Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu dengan mukanya
berdarah mengangkat tangan sambil orang ramai mengelilinginya dalam keadaan
kakinya diikat.
Dia dituduh merompak peniaga tempatan dan juga mengancam
membunuh penduduk sebelum ditangkap.
Kanak-kanak itu yang namanya tidak dinyatakan dipukul
berulang kali walaupun merayu supaya dimaafkan.
Seorang lelaki dilihat cuba meletakkan tayar terpakai pada
lehernya.
Ia bertujuan mencurahkan minyak tanah pada tayar berkenaan
sebelum api dinyalakan untuk membakar mangsa.
Budak itu berjaya menolak tayar itu. Namun, dia tetap
dibakar hingga mati walaupun sebahagian penduduk mendesak dia diserahkan kepada
polis.
Video itu dimuat naik ke media sosial dengan ada pengguna
berkata, budak itu berusia 15 tahun dan ada yang berkata, dia mungkin berumur
tujuh tahun.
Budak itu didakwa ditangkap di sebuah pasar raya ketika cuba
mencuri makanan.
Dia sebelum ini ditangkap beberapa kali kerana kesalahan
sama di samping merompak penduduk tempatan.
Video Kejam Budak 7 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup. pic.twitter.com/270a2HXMMC
— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 20 November 2016
Ulasan
Catat Ulasan