Doktor Khatan Tercantik Di Dunia Jadi Bualan Netizen
Kecantikan seorang doktor wanita di Filipina bukan sahaja
mengagumkan ramai netizen apabila melihat gambarnya tersebar dalam laman sosial
tetapi kerjayanya sebagai pakar khatan.
Krestle Lailene Deomampo yang berasal dari Davao, Manila itu
mula meraih populariti apabila gambarnya tersebar dalam laman sosial Facebook
ketika dia sedang menyunat pelajar lelaki di sebuah sekolah di negara itu.
Program berkhatan itu merupakan kerja amal yang dilakukannya
di Sekolah Tinggi Kebangsaan San Pedro dekat Laguna.
Malah gambar tersebut yang disebarkan oleh rakannya sendiri,
Niquie Delgado turut tertera kapsyen yang menjelaskan Krestle telah menyunat
lebih 28 budak lelaki.
Majoriti netizen bersetuju Krestle layak digelar sebagai tukang
khatan paling cantik di dunia dan lebih mengagumkan lagi, dia menggunakan
kaedah konvensional untuk mempraktikan ilmu perubatannya itu.
Krestle menggunakan kaedah dorsumsisi berbanding kaedah yang
lebih moden iaitu penggunaan pancaran laser.
Ulasan
Catat Ulasan