Kronologi Dan Punca Ibu Kerat Kemaluan Bayi 1 Tahun Hingga Mati, Marahkan Suami Anak Jadi Mangsa.
Mudmainah 30 tahun, seorang ibu yang sanggup membunuh anak
kandungnya sendiri yang berusia 1 tahun, kini telah menjalani pemeriksaan jiwa.
Mangsa Arjuna ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan
tangan dan jari dipotong serta kemaluannya di kerat, hingga bayi malang itu
meninggal dunia.
Sebelum kejadian dimaklumkan mangsa kedua anak angkat juga
kehilangan telinga dalam kejadian tersebut, bagai manapun kejadian yang berlaku
di Cengkareng jakarta barat ahad kelmarin, berikut adalah kronologi sekaligus
punca Mudmainah membunuh anak kandungnya dengan kejam.
1.Pada jam 3.00 petang, hari kejadian jiran Aminah (30)
mendengar suara jeritan dari dalam rumah Mudmainah, beliau juga berkata
beberapa hari sebelum kejadian Mudmainah sempat mengeluarkan kata-kata kesat
terhadap suaminya.
Ketika itu dia cuba mengintai namun hanya melihat Mudmainah
memegang pisau dalam keadaan bogel.
2.Pada jam 7.40. Denny suami suspek Mudmainah (28) sampai
kerumah pada jam 19.40. Pintu Rumahnya dikunci dari dalam dan terpaksa dibuka
dengan cara paksa menggunakan besi.
3.Ketika ia masuk,ia menemui isterinya duduk disebah mayat
bayinya arjuna 1 tahun dalam keadaan bogel dan mulut berdarah.
4.Denny menjerit minta tolong kepada warga dan melaporkannya
kepada pihak polis,
5.Mudmainah Jadi Kurus Kering selepas berkahwin:
Kakak Mudmainah 34 tahun berkata adiknya itu mengalami
perubahan sikap selepas berkahwin dengan suaminya itu.
Beliau juga berkata bahawa adiknya sering menceritakan
bahawa dia dilarang bekerja dan tidak boleh keluar rumah selain dari di larang
untuk berjumpa ahli keluarga berdekatan.
Tidak hanya itu bahkan orang tua dan adik-beradik kandung
saudara juga dilarang untuk datang kerumah mereka.
Menurut Juleha selepas mereka pindah, adiknya itu kerap kali
mendapat layanan tidak baik dari suaminya dan selalu memburuk-burukkan ahli
keluarnya yang memiliki kekurang masing-masing.
Selain dari pada itu Mudmainah pernah bercerita pada Juleha
bahawa dia sudah jemu hidup dikongkong oleh suaminya dan mahu bercerai.
6.Analisis Prof Adrianus Berkait Mudmainah:
Seorang ibu membunuh anak kandung adalah pekara yang pelik,
tidak mungkin berlaku, Jika pekara itu boleh terjadi si ibu pasti sudah
mengalami tekanan jiwa.
Saya yakin dia mengidap skizofrenia akut. Itu gangguan jiwa
yang ekstrem akibat tekanan hidup.
Mengidap skizofrenia Ini biasanya tidak sedar dengan apa
yang dia lakukan, yang dia tahu hanya balas dendam dengan satu perkara yang
sudah lama di pendamnya dengan menunggu waktu yang sesuai.
Pengidap skizofrenia itu hanya akan menimpa orang yang
hidupnya tertekan kerana hidup miskin dan tertekan akibat kekerasan dalam
berrumah tangga.
Ulasan
Catat Ulasan