Wanita Ini Bunuh Diri Kerana Video Seksnya Menjadi Viral Di Media Sosial.
SEORANG wanita bertindak membunuh diri kerana menghadapi
tekanan setelah video seksnya viral di media sosial.
Tiziana Cantone, 31, menggantung diri di sebuah bilik di
rumah ibu saudaranya di Mugnano, berhampiran bandar Naples, Itali. Cantone
mengalami tekanan apabila video intimnya dikongsi bersama rakan-rakan pada
2015, lapor CNN.com. Susulan itu, video itu dimuat naik di media sosial dan
ditonton lebih sejuta kali.
Video itu menjadi bahan jenaka netizen dan Cantone terus
menjadi mangsa buli. Setelah menjadi perhatian umum, dia berpindah ke Tuscany
dan menukar namanya.
Dia juga berjaya mendapat perintah mahkamah di mana enjin
carian diarah menghapuskan sebarang maklumat tentang video itu. Kematian
Cantone mendapat perhatian media Itali, termasuk siaran langsung majlis
pengebumian Cantone.
Antara yang memberikan kenyataan ialah Perdana Menteri Itali
Matteo Renzi yang berkata ia merupkan masalah budaya. “Sebagai kerajaan, tidak
banyak yang boleh kami lakukan. Ini merupakan masalah budaya – termasuk masalah
sosial dan politik.
"Komitmen kami adalah untuk melakukan apa yang boleh.
Keganasan terhadap wanita merupakan fenomena yang tidak dapat dihapuskan,“ kata
Renzi kepada media tempatan. Kisah Cantone turut mendapat perhatian netizen
yang sedih dengan berita ini.-Astro AWANI
Ulasan
Catat Ulasan