Gadis Bunuh Diri Kerana Tunangnya Mahu Pergi Merantau
Melayu Deli: Seorang gadis bernama Ratna Sari yang baru
barusia 21 tahun ditemui tergantung di bilik tidurnya oleh ayah tiri mangsa.
Gadis itu disyaki bunuh diri dengan menggantung diri kerana
sedih ditinggal tunang yang ingin pergi merantau.
Menurut laporan ayah tiri mangsa dan ibunya menemui anak
mereka pada jam 3.00 petang sebaik mereka pulang daripada kerja.
Panggilan yang tidak berjawab membuat ayahnya memeriksa ke
dalam bilik, dan menemui anak tirinya sudah tergantung tak bernyawa.
“Saya masuk ke dalam biliknya dan melihat anak saya
tergantung, saya beristigfar dan terus menurunkannya” katanya ketika dihubungi
pemberita.
Menurut siasatan awal dan saksi seorang perniaga, mangsa dan
tunangnya sempat dilihat makan mie sup bersama tunangnya Arwan Supriadi 21 di
kedai makan berhampiran.
Mereka berdua seperti bergaduh, saya dengar Arwan Supriadi
mahu pergi merantau, tapi tak tahu ke mana, kata peniaga kedai yang kali
terakhir melihat Ratna Sari dan Arwan Supriadi.
Selain itu Ratna Sari juga sempat dilihat oleh jirannya
dalam keadaan menangis sewaktu masuk ke dalam rumah, tak begitu lama, rumah
mangsa dikerumuni orang ramai selepas mangsa ditemui mati gantumg diri.
Sementara pihak polis Rantau Parapat, Melayu Deli Medan AKP
Viktor S mengesahkan kejadian dan pihaknya masih menyiasat kes ini terutama
kepada tunang mangsa yang kebetulan tidur di ruang tamu rumah mangsa ketika
kejadian.
Ulasan
Catat Ulasan