Masih Ingat Lelaki Yang Jual Pontianak Di Facebook.

Viral dalam tempoh beberapa jam
Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di Facebook
Jakarta – Seorang pengguna Facebook di Indonesia menggemparkan komuniti laman sosial di negara itu apabila dia mengiklankan pontianak untuk dijual.

Achyar Yuliantoro memuat naik iklan berkenaan di satu laman kumpulan di Facebook pada Rabu lalu dan terus viral dalam tempoh beberapa jam.

Tidak cukup dengan itu, dia turut memuat naik gambar seorang lelaki bersama wanita berwajah hodoh dan menakutkan dipercayai pontianak.

“Pontianak asli untuk dijual. Khasiat rambutnya mempunyai pelbagai fungsi.

“Ilmu pengasih peringkat tinggi dan paling ampuh serta teman ghaib. Sehelai rambut dijual pada harga Rp700,000 (RM217),” katanya.

Iklan itu mendapat sambutan luar biasa daripada pengguna laman sosial di Indonesia dan dikongsi lebih 3,000 kali.

Bagaimanapun, beberapa pengguna laman sosial menganggap iklan berkenaan hanya gurauan, tetapi ramai juga yang mempercayainya.

“Sekiranya asli saya mahu, saya mahu jadikannya isteri saya,” kata seorang pengguna Facebook, Diajeng.

“Walaupun saya yakin pontianak itu hanya lakonan, tetapi ia masih membuatkan saya takut,” kata seorang lagi pengguna Facebook. The Kuala Lumpur Post

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.