Lepas Bunuh Sorok Mayat Kekasih Di Bawah Sinki Selama Sebulan.
Hanya kerana cemburu dan sakit hati seorang lelaki ferdian
23 yang merupakan pengawal keselamatan apartemen sanggup membunuh kekasihnya
Nur jannah dengan cara yang cukup kejam.
Pembunuhan tersebut berlaku pada 3 june lalu,akan tetapi
mayat gadis malang itu baru ditemui malam kelmarin 02.07.2017 di dalam sebuah
beg pelastik hitam yang di letakkan di salah satu bilik mandi di apartemen
tersebut.
Mayat yang reput tersebut ditemui oleh yuli yang bekerja
sebagai pembersih apartmen itu, katanya ketika dia membuka pintu bilik itu dia
mencium bau busuk yang berpunca dari dalam tandas setelah di periksa ternyata
dia mendapati sebuah beg plastik yang di dalamnya adalah mayat manusia yang
sudah mereput.
Setelah pihak polis membuat siasatan dari sebilangan saksi,
mangsa di syaki bernama nur jannah 25 tahun seorang pembantu apartmen tingkat
23 yang dilaporkan hilang oleh majikannya awal bulan lalu.
JAKARTA SELATAN 04.07.2016.pihak polis jakarta selatan telah
menyiasat pembunuhan nur jannah dengan suspek utama bernama Ferdian 23 yang
merupakan kekasih gelap mangsa.
Ferdian yang ditahan semalam mengaku melakukan pembunuhan
itu bermotifkan sakit hati kerana merasa
tertipu dengan mangsa yang sebelum ini mengaku bujang,selain daripada
itu mangsa juga mengatakan Ferdian curang dengannya kerana isteri Ferdian
adalah seorang yang cacat.
Kesimpulannya mangsa dan tertuduh mengadakan temu janji di
tangga apartmen tingkat 30, terjadi pertelingkahan mulut kerana perut mangsa
mempunyai bekas pembedahan caesar(pernah beranak) akan tetapi hal itu dinafikan
oleh mangsa pada awalnya namun pada akhirnya mangsa mengaku sudah memiliki
suami dan anak yang tinggal di kampungnya.
Mangsa Cuba untuk membela diri dan mengatakan bahawa
tertuduh mengadakan hubungan sulit dengannya kerana isteri tertuduh cacat dan
tidak bisa memuaskan nafsunya.
Hal itu membuat Ferdian gelap mata kemudian mencekik mangsa
hingga mati lalu lehernya di ikat menggunakan tali dan di diseret ke lantai 23
menggunakan tangga yang merupakan tempat mayat ditemukan.
Setelah Ferdian mengesahkan mangsa sudah mati dia kemudian
memasukkan mayat mangsa kedalam plastik hitam dan disembunyikan di bawah
wastafel bilik mandi tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan