Nasib Malang Perogol, Dipaksa Makan Kemaluannya Sendiri.
HONG KONG - Seorang wanita berusia 34 tahun dianggap sebagai
hero oleh netizen selepas keberaniannya melawan seorang suspek yang cuba
merogolnya baru-baru ini.
Wanita terbabit mengambil keputusan untuk menggunakan lorong
sunyi sebagai jalan pintas ke tempat kerjanya. Namun dia telah diserang oleh
seorang suspek yang berasal dari tanah besar China.
Suspek cuba mengoyakkan pakaiannya menyebabkan kedua-duanya
bergelut seketika. Namun, keadaan sebaliknya berlaku apabila mangsa
mengeluarkan pisau dari beg tangannya.
"Saya selalu bawa pisau kecil untuk tujuan
mempertahankan diri," dedah wanita itu dalam sidang media dan menggesa
golongan wanita juga berhati-hati dengan keadaan sekeliling.
"Tanpa ragu-ragu, saya terus melibas seluarnya dan
memotong kemaluannya sehingga putus," katanya.
Terkejut dengan tindakan mangsa, suspek cuba merangkak
melarikan diri. Namun, mangsa belum berpuas hati menjatuhkan hukuman itu pada
suspek.
"Saya mahu dia terima balasan terhadap jenayah yang dia
cuba lakukan pada saya. Kerana saya pasti dia telah merogol wanita yang lain sebelum
ini dan berjaya melepaskan diri.
"Jadi saya berkata kepadanya, 'saya takkan biarkan awak
pergi begitu saja sehingga awak makan kemaluan awak sendiri'. " katanya.
Mangsa memegang kemaluan suspek dan memaksanya makan dan
dalam masa yang sama meletakkan pisau di leher suspek bagi tujuan mengugut.
"Dia tiada pilihan dan saya serius memaksanya memakan
alat kemaluannya sendiri. Jika tidak, saya akan mengelar lehernya," katanya.
Bimbang dibunuh oleh wanita itu, suspek menuruti arahan
mangsa dan memakan alat kemaluannya secara perlahan-lahan.
"Selepas dia habis mengunyah, yang mana dia sebenarnya
banyak memuntahkan alat sulitnya itu, barulah saya melepaskan dia. Lagipun dia
cukup menderita," katanya.
Tiada sebarang perkembangan mengenai suspek, walaupun pihak
hospital melaporkan bahawa ada menerima seorang pesakit lelaki yang cedera
teruk, menyamai ciri-ciri perogol terbabit. Pesakit terbabit telah keluar dari
hospital sebaik saja menerima rawatan dan dipercayai telah kembali ke tanah
besar China.-pixelperfext
Ulasan
Catat Ulasan