Saya Tak tahu Apa Yang Terjadi Di Waktu Malam, Setelah Sedar Ada Banyak Air Melekit Di Badan Saya.
Kejadian seorang (Wawa) wanita yang mendakwa menjadi mangsa
rogol di rumahnya di Taman Tenaga di sini, Khamis lalu, mencetuskan tanda tanya
berikutan berlaku tanpa disedari mangsa yang tidur.
Difahamkan, mangsa yang terjaga kira-kira jam 8 pagi
terkejut apabila mendapati dirinya dalam keadaan bogel manakala dada dipenuhi
cecair pekat keputihan dipercayai air mani.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab
Wahab berkata, mangsa yang berusia 20-an dikatakan tinggal bersendirian di
rumah berkenaan dan tidak bertemu sesiapa malam sebelum kejadian.
“Mangsa sendiri tidak tahu punca ditinggalkan dalam keadaan
begitu kerana pada malam kejadian, dia mendakwa terus pulang ke rumah selepas
tamat bekerja,” katanya.
Katanya, mangsa memberitahu ketika terjaga, seluruh badannya
sakit dan keletihan selain sakit kepala menyebabkannya terus ke klinik
berhampiran mendapatkan rawatan.
Ulasan
Catat Ulasan