Hospital Tak Layan Kerana Kami Miskin!!! Bayi Maut Dalam Pelukan Ayah.
Khabar mengenai seorang bayi 7 bulan maut di hospital Kota
tebing tinggi kerana terlambat mendapat rawatan doktor hospital tersebut yang
didakwa kerana tidak melayan pesakitnya yang hanya masyarakat kecil.
Kejadian yang berlaku pada 18.04.2016 lalu, Markus ayah
mangsa, dikatakan telah mengamuk setelah Dr Faisal, Sp.A, mengesahkan bahawa
anak keduanya yang berumur 7 bulan itu sudah meninggal dunia.
” Dari tadi saya dah minta tolong sama kalian,anak saya
kejang kejang,panasnya semakin tinggi tapi apa tindakan kalian”
“Lepas anak saya mati baru kalian datang ! ! kalianlah yang
membunuh anak saya” marah, Markus dalam kejadian.
Akibat dari pada emosi yang terlalu tinggi Markus sempat
menendang tiang infus yang berada di samping anaknya dan memarahi jururawat dan
Doktor Faisal.
Menurut Markus Nainggolan dia masuk ke hospital HERNA
tersebut pada jam 14.00 p.m hingga pukul 19.30 p.m anaknya tidak mendapat
sebarang rawatan sehingga anaknya mengalami kekejangan.
Perawat yang ada di situ pun hanya mengatakan bahawa doktor
polin sudah dipanggil, tapi tidak seorang pun doktor yang datang memeriksa anak
saya.
“Mereka hanya mengatakan sudah memanggil doktor polin. Tapi
nyatanya tidak ada, kerana doktor tesebut sudah pulang dan tidak masuk lagi,
saya sempat memohon dan menangis untuk mereka menyelamatkan anak saya, "
katanya sayu.
Menurut pengakuan Lenni ibu mangsa bahawa anaknya mengalami
cirit-birit dan panas seluruh badan sejak 17 april 2016 dan langsung membawanya
ke klinik kesihatan Desa Simodong, Kota Tebing Tinggi, Medan.
Kerana keadaan anaknya sudah semakin teruk doktor klinik
tersebut menyuruh pasangan itu segera membawa anak mereka ke hospital “HERNA”
Kota Tebing Tinggi hinggalah anak kedua pasangan itu meninggal dunia.
Berita yang dikongsi oleh beberapa media kota tinggi kini
menjadi viral dan mengundang kemarahan warga sekitar kota tinggi dan juga
beberapa daerah lainnya hingga ada yang mengancam untuk merobohkan hospital
tersebut.
Ulasan
Catat Ulasan