Rata-Rata Pengguna Media Sosial Tidak Puas Hati Apa Bila Polis Trafik Wanita Ini Saja Dikenakan Tindakan.
Memetik sumber info, anggota polis trafik wanita itu naik
angin selepas dikatakan `bodoh’ oleh rakan pengadu yang ingin membuat laporan
di sebuah balai polis trafik.
Menerusi visual yang menjadi viral, anggota berkenaan yang
bertugas di bahagian kaunter berang terhadap pengadu yang bukan sahaja telah
menghinanya dengan perkataan tersebut malah turut bertindak merakam situasi
berkenaan.
Berdasarkan perbualan, kejadian dikatakan berpunca apabila anggota
terbabit meminta seorang pengadu untuk membuat laporan mengenai satu kes
dipercayai melibatkan kemalangan.
Bagaimanapun, pengadu yang datang bersama beberapa lagi
rakannya telah mengerumuni kaunter menyebabkan anggota tersebut menyuruh yang
lain duduk di tempat menunggu.
Namun, arahan anggota berkenaan tidak diendahkan sebaliknya,
salah seorang rakan pengadu telah menghina anggota itu dengan perkataan bodoh
menyebabkan dia hilang pertimbangan.
Menerusi rakaman video tersebut, didapati anggota wanita itu
tidak sedikit pun menggunakan kata-kata kesat terhadap pengadu dan mencadangkan
supaya mereka membuat aduan di balai polis lain.
Sebagaimana yang kita maklum, menerusi kenyataan media,
pihak PDRM telah mengambil tindakan terhadap polis trafik wanita tersebut.
Namun begitu, ramai yang kesal apabila pengadu yang sengaja mencetuskan
kekecohan itu dilepaskan begitu sahaja.
Ya, tidak dinafikan tugas sebagai polis perlu bersabar
dengan pelbagai karenah. Namun begitu, sabar ada hadnya. Oleh itu, ramai netizen
berpendapat kalau kita sudah dicaci maki atau dikutuk sudah tentu ia melampaui
batas.
Kalau benar polis trafik wanita itu bersalah kerana
tindakannya memarahi atau meninggikan suara kepada pengadu, harap pihak
berkenaan juga boleh ambil tindakan kepada pengadu dan orang disebelahnya
kerana menggunakan perkataan kurang sopan (polis wanita itu dakwa orang sebelah
pengadu mengeluarkan perkataan ‘stupid’ kepadanya).
Rata-Rata Pengguna Media Sosial Tidak Puas HatiCerita Penuh:http://wartawan-jalanan.blogspot.my/2016/03/rata-rata-pengguna-media-sosial-tidak.html
Posted by Wartawan jalanan on 16hb Mac 2016
Ulasan
Catat Ulasan