Kisah Benar , Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan.
Kisah Mat Rempit Mati Hidup Semula Selepas 3 Hari Dikuburkan
| Insan Terpilih tersebut bernama Dawawi dari Perak yang ceritanya berlaku
sekitar tahun 80-an dahulu. Diringkaskan cerita, Dawawi telah ditakdirkan Allah
dengan pengesahan Hospital bahawa beliau telah meninggal dunia dengan asbab
merempit.
Setelah dikebumikan selama 3 hari di dalam Kubur, setiap
malam dalam 3 hari itu….Ibunya telah bermimpi anaknya Dawawi masih hidup dan
merayu kepada Ibunya untuk digali semula kuburnya….Mungkin malam yang pertama
bermimpi, Ibunya menganggap bahawa ia sekadar mainan tidur….
Setelah Tiga hari berturut-turut bermimpi yang sama, Ibunya
menangis dan berkeras meminta Abg Arwah supaya mendapatkan Surat Perintah
daripada Pihak Berkuasa untuk digali semula Kubur anaknya itu….Setelah segala
urusan surat menyurat selesai dan setelah mendapat kelulusan daripada Pihak
Berkuasa, maka tibalah hari yang penuh mendebarkan kepada seluruh orang kampung
bagi menyaksikan urusan penggalian semula kubur “Arwah Dawawi”.
Semua yang berkenaan telah bersiap sedia di tepian kubur
yang hendak digali, kiri kanan penuh dengan Polis, Doktor dan sebagainya.
Setelah penggalian bermula, tanah mula disodok sedikit demi
sedikit….Dengan penuh mencemaskan….Masya-Allah….Astaghfirullah!…Sesungguhnya
apa yang dijanji oleh Allah adalah benar.
Mayat baru sahaja 3 hari, tetapi kain kapan yang membalut
jenazah telah koyak rabak seperti dicarik-carik serta tubuh Dawawi dipenuhi
kesan luka torehan…Luka bergarisan memanjang. bagai kesan dilibas sesuatu yang
amat tajam dan lukanya dalam hingga nampak daging, namun tidak berdarah.
Dalam keadaan yang amat cemas tu….ada suara yang mengatakan
Dawawi masih hidup lagi!….Itulah suara Doktor yang telah bersiap sedia di
tepian kubur bagi menanti sebarang kemungkinan.
Tanpa berlengah, Dawawi di bawa ke Hospital, 6 bulan Dawawi
koma…Sebaik sedar, air matanya terus berjuraian….Matanya sentiasa
berkaca……Rakan baik nya yang bernama Mus yang masih terkejut Dawawi yang “Hidup
Semula” bertambah bimbang dengan kelakuan Dawawi yang banyak berdiam diri
selepas kejadian tersebut…..Bagi Mus, Dawawi bertambah pelik kerana dia banyak
termenung dan menangis serta selalu mendekatkan diri untuk belajar
agama…(Sebelum ni merempit sahaja)..Dawawi yang dulunya jahat sudah bertukar
menjadi baik.
Setelah setahun berlalu, Dawawi bersedia untuk bercerita
tentang segala apa yang telah berlaku ke atas dirinya….Mus adalah antara salah
seorang yang mendengar cerita Dawawi.
“Jika korang rasa apa yang aku telah rasa sewaktu ‘di sana’
dulu, sungguh korang takkan melakukan perkara yang mendatangkan dosa dalam
hidup!”….Dawawi memulakan ceritanya.
Sewaktu Imam habis membaca Talkin di kuburnya dan semua
telah beredar meninggalkan kubur….Dawawi mengatakan bunyi tapak kaki kamu semua
yang meninggalkan kuburnya berdentum dan bergema sangat kuat sebanyak 7 kali
bagaikan halilintar yang membelah bumi….Waktu tu Dawawi menutup kedua-dua belah
telinganya.
Setelah bunyi tersebut menyepi…Bunyi
Sretttttttttt!……..Sretttttttttt!…Seakan rantai besi yang diseret di atas lantai
bergema…Dirinya betul-betul ketakutan waktu tu….Tiba-tiba dari hadapannya, 2
orang lelaki yang memakai serban dan berjubah putih, dengan membawa rantai besi
sebesar lengan, besi itu sangat panjang sehinggakan penghujungnya tidak
kelihatan…! Subhanallah….(Sayu hati saya membaca kisahnya).
Dengan semua soalan yang telah “Bocor” sewaktu hidup di
dunia ditanya kepada Dawawi, “MA RABBUKA!”, “MA NABIYYUKA!”, “MA DINNIKA”, “MA
KIBLATUKA!”, “MA IMMAMUKA!”, “MA IKHWANUKA!”….Dawawi mengatakan tiada 1 pun
soalan yang boleh dijawab olehnya….Beliau faham dengan soalan tersebut walaupun
beliau tidak pernah tahu bahasa arab!.
Dawawi dilibas dengan rantai besi tersebut sehinggalah
apabila libasan berlaku, rantai besi tersebut terus melilit seluruh
anggotanya…Subhanallah.
Beliau menjerit dan berkata : “Tolong aku Ya Allah, Aku
bertaubat! Ampunkanlah dosa aku!…. Hanya itu sahaja ratapannya waktu
tu….Sehabis sahaja soalan tu, beliau tersedar bahawa beliau telah hanyut di
dalam sungai…Dalam keadaan tidak bermaya, sekali lagi beliau mendengar bunyi
seretan rantai besi sebesar lengan yang telah melibasnya sebentar tadi.
Hamba Allah yang berjubah tadi….Bertanya lagi : “MA
RABBUKA!”….Masih tidak boleh dijawap oleh Dawawi, maka dilibasnya lagi besi
tersebut ke tubuh Dawawi…Setelah libasan tersebut, pandangannya gelap gelita,
apabila sedar Dawawi mengatakan bahawa beliau telah terlantar di wad
Hospital…..Subhanallah.
Mus dan rakannya yang mendengar segala kisah Dawawi turut
sama menangis bersama Dawawi.
Allah memberi peluang untuk Dawawi “Hidup Semula” sebagai
peringatan dan tanda kesayangan Allah kepada Dawawi dan keseluruh
Hamba-hambaNya termasuk lah kita.
Dawawi hanya “Hidup Semula” selama 3 Tahun, dalam waktu tu
beliau tidak pernah mensia-siakan atau membiarkan harinya terbuang tanpa diisi
dengan amal ibadah…..Katanya : “Aku takut jika aku mati lagi, amal ibadahku
tidak cukup untuk membantu aku di sana….” Subhanallah!
Dawawi “Kembali Semula” pada Allah dalam tidur selepas
menunaikan solat malam ketika menunggu tiba waktu Subuh…Umurnya ketika
“Meninggal Dunia” kali pertama adalah 19 Tahun, dan kali keduanya “Meninggal
Dunia” 3 Tahun selepas itu.
Cerita ini teramat memberi kesan kepada saya dek kerana
mengenangkan umur yang Allah Taala beri ketika ini tidak banyak saya rasa
digunakan untuk menuju ke jalan Allah….Lepas solat akan terngiang-ngiangla
cerita seksaan Dawawi ini di pandangan hati saya.
Marilah bermuhasabah diri dan semak semula amalan kita untuk
dibawa menghadap pada Allah ketika nyawa dicabut nanti….Allah tak pilih kita
untuk merasai pengalaman yang dirasai Arwah Dawawi, tapi Allah pilih kita untuk
tahu dan mengambil iktibar tentang Kisah Arwah Dawawi.
Moga-moga menjadi pengajaran dan iktibar kepada semua serta
dapat bertemu dengan Allah di Akhirat nanti dengan amal yang berkualiti In Shaa
Allah.
Sumber: Facebook.
Orang sombong jak tak mahu share ni
Ulasan
Catat Ulasan