9 Cara Mudah Berhenti Ketagil Onani Atau Melancap.
Melancap atau Onani boleh menyebabkan ketagihan tanpa
disedari kepada sipelaku baik lelaki mahupun perempuan jika aktiviti tidak
sihat ini dilakukan tanpa kawalan.
Bagi mereka yang sudah terbiasa dengan kelakuan seperti ini,
ianya sukar diberhentikan mestipun pada satu tahap mereka berjanji pada diri
tidak mahu melancap lagi.
Tetapi, apabila didorong oleh kehendak nafsu yang kuat
mereka akan mengulangi semula. Sebenarnya melancap ini ada kebaikan,
keburukannya dan perkara ini terpulang kepada individu masing-masing.
Ini kerana jika tabiat onani digunakan untuk cara betul
seperti ingin melegakan atau melepaskan nafsu syahwat yang tinggi ia masih
dianggap normal malah dapat memberikan ketenangan dalam kehidupan seharian.
Namun jika tabiat ini dilakukan atas keseronokkan
semata-mata ia akan memberikan kesan negatif pada diri.
CARA BERHENTI MELANCAP
Berikut penulis sertakan cara-cara untuk mengelakkan diri
daripada meneruskan tabiat melancap atau onani.
1. SEDARKAN DIRI
Sedarkan diri anda bahawa perkara yang anda lakukan ini
adalah salah dan boleh mendatangkan kesan negatif.
Mungkin dengan membaca bahan bacaan yang menerangkan
keburukan melancap ia akan menyedarkan anda.
Bagaimanapun jangan letakkan diri penuh penyesalan kerana ia
mungkin memberi gangguan kepada jiwa. Sebagai manusia biasa tidak terlepas dari
melakukan kesilapan, jadi buang yang keruh ambil yang jernih.
2. PUNCA RANSANGAN NAFSU
Jika rangsangan untuk anda melakukan perkara tersebut
datangnya dari internet tutup komputer atau peranti serta merta dan
berbanyakkan istighfar dan cuba sedaya upaya fokus pada kerja lain.
Bagi pasangan bercinta elakkan daripada bercakap perkara
yang mendatangkan kearah yang menaikkan syahwat.
3. JANGAN MENYENDIRI
Kebiasaannya mereka yang kerap beronani ini lebih suka
menyendiri daripada bergaul dengan orang sekeliling. Jika berterusan begini
hasrat untuk hentikan tabiat tersebut sukar direalisasikan.
Banyakkan bergaul dan cari kawan dengan cara ini ia akan
membantu anda keluar dari kepompong kehidupan kesunyian anda.
4. SIBUKKAN DIRI
Banyakkan aktiviti yang memanfaat diluar kerana ia akan
membantu mencapai hasrat untuk berhenti daripada tabiat tersebut.
5. SENAMAN
Selalunya mereka yang kuat beronani atau ketagih onani
adalah individu yang kurang aktif dalam kehidupan mereka. Aktifkan diri anda
dengan bersukan.
Apabila anda kerap bersukan dan senaman, minda anda akan
jadi cerdas dan badan anda akan jadi cergas. Kesan bersenam, anda mampu untuk
fokus pada sesuatu perkara. Minda yang cergas boleh membantu anda untuk menilai
yang baik dan yang mana buruk.
6. SEKS BUKAN SEGALA-GALANYA
Selalunya mereka yang ketagih melancap akan berterusan
melakukannya sehingga mereka puas. Namun, apabila mereka sudah datang inzal,
nafsu akan lari dari fikiran dan anda mula sedar yang apa yang anda lakukan itu
adalah salah.
Ketika itulah anda akan rasa menyesal. Anda perlu fikir
kehidupan ini bukanlah hanya mengenai seks. Ada banyak lagi perkara penting dan
seronok untuk di lakukan. Setiap kali anda ingin beronani, anda fikir bahawa
seks bukan kepentingan aku!
7. JANGAN FIKIRKAN SEKS SEBELUM TIDUR
Sebelum tidur, pastikan anda kawal fikiran anda. Jika anda
masih fikir mengenai seks, nafsu anda masih tidak mengalah sepenuhnya. Anda
tegas, dan tukarkan fikiran anda ke arah lain.
8. BERPUASA
Ubat paling mujarab untuk mencegah aktiviti onani adalah
dengan berkahwin. Bagaimanapun, bagi anda yang tidak mampu berbuat demikian,
puasa adalah pilihan terbaik. Puasa bukanlah menahan lapar dan minum sahaja
tetapi adalah menahan nafsu.
9. TETAPKAN MATLAMAT
Tetapkan matlamat untuk berhenti melancap selama–lamanya dan
kekal dengan rancangan tersebut. Jangan berhenti mencuba untuk berhenti jika
anda terlalai dan melakukannya. Sebagai manusia biasa memang kadang–kadang kita
alpa.
Sebagai kesimpulannya, jika rasa tidak memiliki kekuatan
minda, emosi dan fizikal untuk melakukannya, anda boleh mendapatkan bimbingan
kaunselor. Usah biarkan tabiat onani menakluki anda.
Lawan dan segera mengawalnya sebelum perkara ini akan
mendatangkan lebih keburukan pada kehidupan anda di kemudian hari.
Ulasan
Catat Ulasan