Video Cerita Sebenar Apa Yang Terjadi Dalam Tandas.

Sejak beberapa hari lalu kisah sebenar apa yang berlaku di dalam tandas sebelum kejadian mangsa pukul beramai-ramai masih menjadi tanda tanya dan pelbagai spekulasi bermain di laman media sosial.

Kita telah digemparkan dengan kisah seorang lelaki yang koma sebelum disahkan meninggal dunia selepas dia dipercayai dipukul oleh orang ramai selepas dia disyaki mencabul seorang wanita di dalam tandas di Plaza Sentosa, Jalan Putra, Alor Star.

Kejadian dilaporkan berlaku kira-kira pukul 4 petang Ahad lalu dan video rakaman kejadian lelaki suspek cabul berkenaan dipukul menjadi tular di media sosial.

Menurut laporan suspek dikatakan gagal melarikan diri selepas wanita terbabit menjerit dan meronta di dalam tandas sebelum suspek ditahan dan dipukul oleh orang awam yang berada di premis itu.

Namun begitu kini muncul satu lagi video yang telah di sebarkan di media sosial mengenai pengakuan mangsa cabul tersebut yang tampil menceritakan kejadian sebenar yang berlaku di dalam tandas tersebut.

Dalam video rakaman tersebut menunjukkan mangsa telah tampil menceritakan apa yang berlaku kepadanya ketika ditemubual oleh wartawan sebuah agensi berita tempatan.

Memetik laporan Berita Harian, pihak polis telah berjaya menahan lima individu, termasuk seorang wanita berhubung kes pukul suspek cabul berusia 31 tahun hingga maut.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd Rozi Jidin berkata, semua yang ditahan berusia lingkungan 20-an ditahan di sekitar bandar raya ini.

“Suspek yang didakwa mencabul itu disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) jam 12.30 tengah hari tadi,” jelas beliau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dan mereka direman untuk membantu siasatan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.