Rakan Dedah Mangsa Dibelasah Menggunakan Tali Pinggang, Getah Paip Dan Penyangkut Baju Sebelum Ditekap Seterika.
Kejadian yang menimpa seorang penuntut Universiti
Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang dilaporkan meninggal dunia petang kelmarin
selepas dibuli beberapa rakannya masih dalam siasatan.
Namun begitu muncul seorang rakan mangsa yang mendedahkan kejadian yang menimpa mangsa dan kejadian ini tidak seharusnya berlaku.
Menurut lapor Harian Metro, mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21,
pegawai kadet laut tahun tiga memiliki kesan melecur di bahagian dada, tangan
dan kaki, akibat ditekap dengan seterika wap.
Menurut rakannya yang tidak ingin dikenali, dalam kejadian
21 Mei lalu mangsa telah dituduh mencuri komputer riba. Mangsa kemudian
dibelasah menggunakan tali pinggang, getah paip dan penyangkut baju sebelum
ditekap dengan seterika wap di seluruh badan sehingga parah. Selain itu, mangsa
dipaksa untuk mengaku mencuri komputer riba.
“Selepas dibelasah, Zulfarhan dibiarkan sehinggalah 27 Mei
di mana keadaannya semakin parah. Dia mengadu sakit badan (selepas dibelasah
dan ditekap dengan seterika wap) dan memaklumkan dia dipaksa mencuri laptop.
Sedangkan bukan dia yang melakukannya.
“Lukanya semakin parah dan dia dibawa oleh dua penuntut ke
klinik pada 27 Mei dan kemudian ke klinik semula pada 31 Mei sebelum dirujuk ke
hospital dan meninggal dunia padam alam tadi (kelmarin),” katanya.
Menurut rakannya itu, dia tidak menyangka kejadian itu
berlaku pada mangsa yang merupakan seorang periang dan mudah bergaul.
Bapa mangsa, Zulkarnain Idrus, 53, berkata, dua hari sebelum
Ramadhan, anaknya ada mengadu kepada ibunya, Hawa Osman, bahawa dia telah
dibelasah oleh rakan-rakan universiti. Namun mereka menyangka ia tidak serius.
Sementera itu Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin
Tun Hussein telah mengarahkan pihaknya menjalankan siasatan dan menjamin tiada
sesiapa yang akan terlepas dari tindakan undang-undang jika didapati bersalah.
Susulan kes itu, seramai 36 individu berusia di antara 20
hingga 21 tahun (32 penuntut UPNM dan 4 penuntut UNITEN) direman selama
seminggu bermula semalam untuk disoal siasat mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan kerana membunuh.
Jenazah Allahyarham Zulfarhan Osman Zulkarnain selamat
dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Kebun Teh, Johor Bahru, Johor, jam
9.30 malam semalam.-harianmetro
Ulasan
Catat Ulasan