Burger Termahal Di Dunia Berharga RM9,800
The Hague – Burger merupakan makan yang amat digemari oleh ramai orang di seluruh pelusuk dunia tanpa mengira bangsa serta umur semua pun boleh menikmati makanan ini.
Seorang chef di sini baru-baru ini mencipta burger yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai yang paling mahal di dunia.
Seorang chef di sini baru-baru ini mencipta burger yang diiktiraf oleh Rekod Dunia Guinness sebagai yang paling mahal di dunia.
Burger berharga £1,785 (RM9,800) itu mengandungi wagyu Jepun
yang diperam dengan teknik khas, patti daging Black Angus, udang galah
Oosterschelde yang direndam dengan arak, foie gras, truffle putih, keju
Remeker, tomato Jepun dan kaviar.
Salad dari Perancis, daging dari Iberia dan sos khas dibuat
daripada 35 udang galah, kopi Blue Mountain Jamaica, vanilla Madagascar, safron
dan kicap Jepun juga dicampurkan di dalamnya.
Dan semuanya itu dikepitkan dengan ban brioche yang dibuat
daripada saffron dan bahagian atasnya ditabur dengan daun emas.
Burger itu dihasilkan oleh chef Diego Buik dari restoran
South of Houstan di The Hague.
Minat Buik terhadap burger berkembang ketika dia bekerja di
sebuah restoran di Soho, London.
Sejurus selepas kembali ke Rotterdam, dia mula mereka dan
menghasilkan burgernya sendiri.
Buik menghasilkan burger termahal di dunia itu pada 28 Mei
lalu sempena Hari Burger Antarabangsa.
Bagaimanapun, burger itu tidak akan tersenarai dalam menu di
restorannya.
Buik berkata: “Jika anda mahu memakannya dan sanggup
membayar harga itu, sila buat pesanan lebih awal.” – Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan