Benarkah Laksa Cap Kunci Mengandungi Asid Penyebab Kanser?
Selama ini mungkin ada di antara kita yang pernah membeli laksa berjenama Cap Kunci atau pernah dihidangkan dengan laksa jenama ini ketika anda makan di mana-mana medan selera sedangkan anda tidak mengetahui bahawa laksa ini memudaratkan kesihatan. EHH Food Industry Sdn.Bhd telah dikenakan denda sebanyak RM10,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur kerana telah menjual jenama terbabit yang dipercayai didalam nya terkandung bahan pengawet yang tidak dibenarkan dan ia nya boleh menyebabkan penyakit barah. Walau bagaimana pun, Majistret Zuhair Rosli telah menjatuhkan hukuman terhadap pengilang makanan berkenan yang telah diwakili oleh penyelia operasinya, Oh Ching Hai setelah mengaku bersalah mengikut Seksyen 13B(1) bersama Seksyen 13B(2)(d) Akta Makanan 1983. Syarikat tersebut dikatakan telah berjaya menjual tiga bungkus jenis laksa pendek di pasaran yang berjenama Cap Kunci, dipercayai mengandungi bahan pengawet asid benzoik yang tidak dibenarkan menurut Peraturan-peraturan Makanan...