Video Ibu Tampar Anak Kerana Kalah Perlawanan Tinju

Seorang wanita yang marah kerana anaknya tewas dalam perlawanan tinju, telah menambahkan kelukaan yang dialami oleh anaknya itu dengan menampar pipi anaknya.

Anna Azovskaya yang juga jurulatih, pengurus dan ibu kepada peninju MMA Rusia, Viktor Kichigin berbuat demikian sebaik sahaja pengadil mengumumkan kemenangan lawannya iaitu Ruslan Yamanbae.

Tamparan tangan kiri Anna itu telah dirakamkan dan menjadi tular.

Selain Victor, Anna turut melatih tiga anak lelakinya yang lain iaitu Georgiy, Grigoriy.

Dalam satu temubual dengan FightNights, Anna berkata dia tiada pilihan lain kecuali melatih anaknya untuk menjadi berani setelah suaminya terbunuh dalam peperangan.

“Ketika itu anak-anak saya masih kecil dan saya berpindah di seluruh Rusia sebanyak 15 kali. Apabila anak-anak lelaki saya semakin membesar, mereka mula mengalami konflik dan terlibat dalam pergaduhan dengan lelaki lain.

“Sejak itu saya beritahu mereka supaya belajar berlawan,’’ katanya.

Dia telah melatih mereka dan kini dunia mengenali anaknya itu selepas video Anna menampar Victor tersebar. - The Kuala Lumpur Post

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.