Netizen Terkejut Selepas Tampar David Teo, Mat Over Jadi Tetamu Khas Hari Belia.
Selepas Reda isu Mat Over tampar David Teo di depan Perdana
Menteri, semalam media social menjadi hangat semula selepas sepanduk
mempromosikan Mat Over sebagai tetamu undangan Hari Belia tersebar.
Menurut laporan mStar Online Ruang laman sosial menjadi
hangat sekali lagi disebabkan oleh Mat Over.
Netizen tidak berpuas hati apabila sepanduk yang
mempromosikan pelawak itu sebagai tetamu undangan dalam satu acara Hari Belia
di Hulu Terengganu tersebar.
"Hanya di Malaysia anda akan diberi penghormatan yang
tinggi apabila anda menampar seseorang di depan Perdana Menteri," tulis
Asrul Muzaffar melalui akaun Twitter miliknya.
Seorang pengguna Twitter, Mohsen Alkaff pula menulis:
"Saya bukan sesiapa tetapi saya rela menggantikan Mat Over untuk Hari
Belia di Terengganu.
"Bukan bermaksud saya ini bagus, tetapi saya lebih baik
daripada dia."
"Hari Belia bersama Mat Over. Adakah dia masih dianggap
belia? Dia sudah berusia 60 tahun!" kata Aiediel Jamal di Facebook.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia
Terengganu, Datuk Rozi Mamat mengesahkan
bahawa Mat Over dijemput pada Sabtu sebagai pengacara program "Santai
Bersama Mat Over" dan program itu sudah dirancang sebelum insiden pelawak
itu menampar penerbit, David Teoh pada Rabu lalu.
"Mat Over ialah orang tempatan dan dia sering dijemput
menghadiri pelbagai acara," kata Rozi ketika ditemubual pada Sabtu.
"Hal ini berlaku kerana insiden itu dan orang ramai
mula menjadikan ia sebagai satu isu yang besar."
Ulasan
Catat Ulasan