Guru Cabul 7 Murid Perempuan Ditangkap
Perbuatan jijik guru lelaki
berusia 29 tahun terhadap tujuh murid perempuan sekolah agama di Bangi, sejak
empat tahun lalu terbongkar, selepas dia ditahan polis, kelmarin.
Lelaki yang ditahan di sekolah itu direman sehingga Isnin
ini.
Sumber berkata, pada mulanya seorang daripada tujuh murid
itu yang berusia 12 tahun mengadu kepada bapanya sebelum membuat laporan polis,
kelmarin.
Katanya, keluarga kepada enam murid lain yang turut menjadi
mangsa guru itu kemudian melaporkannya kepada Persatuan Ibu Bapa dan Guru
(PIBG) sekolah itu.
“Memegang, meraba bahagian sulit, memeluk, mencium dan
meminta diurut beberapa bahagian badan antara perbuatan jijik dilakukan lelaki
itu.
“Mangsa takut mendedahkan apa yang berlaku kerana takut
diapa-apakan oleh lelaki itu dan malu,” katanya.
Lelaki itu disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan
kerana mencabul kehormatan dan Seksyen 377D kerana melanggar kesopanan.-Harian Metro
Ulasan
Catat Ulasan