Budak 12 Tahun Lahirkan Zuriat Bapa Kandung

Dunia seolah tiada makna lagi bagi Bunga 12 tahun, apabila impiannya ingin menjadi guru hancur akibat kelakuan jijik bapa kandungnya sendiri Zulkarnain (Zul) 33 tahun.

Tiada siapa yang dapat membayangkan penderitaan kanak-kanak yang seharusnya duduk dibangku sekolah ini, kini dirinya terpaksa terbaring di hospital kerana sudah melahirkan anak dari bapa kandungnya itu.

Ketika pemberita menemui Bunga di hospital Balitung di kampung Nibung, Bunga di lihat duduk dengan pandangan kosong serta kelihatan bigung atas kedatangan media.

Ada rasa terharu dan sedih melihat Bunga yang didampingi ibunya kerana pihak perlindungan kanak-kanak daerah itu tidak mengetahui kejadian tersebut sejak awal lagi.

Sepatah demi sepatah Bunga menceritakan kejadian yang menimpanya itu.

Seperti yang dipetik dari sumber, kejadian bermula pada penghujung September tahun lalu dimana Bunga telah di rogol secara paksa oleh ayah kandungnya sendiri dan melakukan hubungan intim ketika ibunya tiada.

Bahkan perlakuan jijik itu di lakukan beberapa kali terhadap Bunga, Bunga berkata dia di ugut akan dibunuh  jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain termasuk ibunya.

Selang beberapa bulan, Bunga disahkan mengandung dan sejak itu Bunga di kurung di dalam rumah serta tidak dibenarkan pergi ke sekolah supaya perbuatan keji ayahnya itu tidak terbongkar.

Ibunya tidak dapat berbuat apa-apa kerana ibu Bunga juga turut di ugut akan membunuh Bunga dan anak perempuan kedua mereka yang berusia 4 tahun jika hal itu di ceritakan kepada orang lain.

Apa yang lebih menyedihkan adalah, suspek merupakan seorang guru agama yang di pandang tinggi di kampung mereka. penduduk sekitar cukup terkejut dengan kejadian tersebut.

Bak kata orang “sepandai padai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga” Temberang selama berbulan-bulan akhirnya di ketahui juga oleh jiran mereka sendiri yang mendengar tangisan bayi di dalam rumah  suspek, memandangkan isteri suspek tidak mengandung, jiran yang sejak awal menaruh rasa curiga terus memaklumkan kejadian tersebut kepada ketua kampung.

Sejak daripada itu, temberang suspek akhirnya terbongkar dan hampir menjadi mangsa keganasan orang kampung tersebut

Bagaimanapun menurut sumber, suspek telah pun dihadapkan di mahkamah balitung semalam dan dijatuhi hukuman penjara selama 9 tahun.

Sejurus itu datuk bandar Bangka balitung Sapta Qadria Muahfi Sh menyarankan kepada hakim yang bertugas supaya menghukum suspek lebih daripada itu kerana merasakan hukuman tersebut tidak setimpal dengan pnderitaan yang di hadapi oleh Bunga.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Kau Paksa Aku Hisap Kemaluan Anak Sendiri Depan Kau, Untuk layan Nafsu Binatang Kau, Suami Jenis Apa Kau Ini.