Catatan

Video Wanita Dilanggar Lari Pemandu Pikap Dan Mengheretnya Sejauh 18 Meter.

Imej
Johannesburg – Seorang wanita nyata masih panjang umur selepas dilanggar lari pemandu pikap yang turut mengheretnya sejauh lebih 18 meter di bawah tayar depan kenderaan terbabit. Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan saat wanita itu dilanggar dan diheret ketika dia sedang melintas jalan yang sibuk di Johannesburg, Afrika Selatan. Dalam rakaman itu, pikap berkenaan tiba-tiba muncul dengan dipandu laju sebelum melanggarnya. Wanita itu diheret sekurang-kurangnya 18 meter dengan kepala dan bahunya dapat dilihat jelas di bawah kenderaan itu. Mangsa yang tidak dinamakan bagaimanapun terselamat dan kini dirawat di Hospital Akademik Charlotte Maxeke Johannesburg. Polis menunggu laporan perubatan sebelum membuat siasatan rasmi, tetapi gerakan Kesedaran Masyarakat dan Risikan Jenayah Afrika Selatan sudah melancarkan gerakan memburu pemandu itu di Facebooknya. Rakaman kejadian sudah disaksikan lebih 10,000 kali sejak dikongsi di Internet dengan keterangan: “Tolon...

Pasangan Suami Isteri Sanggup Berdrama Kononnya Tidak Mempunyai Apa-Apa Hubungan

Imej
MELAKA TENGAH - Satu pasangan suami isteri sanggup 'berdrama' kira-kira 30 minit dengan anggota penguat kuasa kononnya mereka berdua tidak mempunyai apa-apa hubungan dalam serbuan di sebuah rumah di Sungai Udang, di sini, semalam. Malah, demi melepaskan diri daripada ditangkap, kedua-duanya sanggup berpura-pura mengatakan dua kanak-kanak lelaki berusia 3 dan 5 tahun di dalam rumah tersebut adalah anak buah mereka yang perlu dijaga selepas kematian bapa sementara ibu mereka hilang dan gagal dikesan. Bagaimanapun, tembelang pasangan berusia 48 dan 38 tahun itu pecah apabila si isteri akhirnya mengaku lelaki berkenaan adalah suaminya dan kedua-dua kanak-kanak terbabit adalah anak mereka selepas diasak soalan demi soalan daripada anggota penguat kuasa. Pembohongan mereka juga tidak masuk akal kerana bukan sahaja gagal menunjukkan sijil kematian ‘bapa’ kanak-kanak terbabit, malah anggota penguat kuasa menemui bingkai gambar terpampang wajah keempat-empat beranak denga...

Anak Belasah Ibu Bapa Sendiri Kerana Beri Rumah Kecil Sebagai Hadiah Perkahwinan

Imej
HARBIN, CHINA - Tergamak seorang anak lelaki memukul kedua ibu bapanya di tempat awam hanya kerana tidak puas hati dengan hadiah perkahwinan yang diberi. Video insiden berkenaan viral di media sosial China menunjukkan lelaki muda itu memukul kedua ibu bapanya kerana menghadiahkan sebuah rumah pangsapuri yang kecil. Orang awam yang ternampak insiden itu segera meleraikan mereka.  Selepas mengetahui punca kejadian, beberapa orang awam mula memukul anak yang tidak mengenai budi itu, sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Lelaki berkenaan kemudian dibawa ke balai sebelum dia mendedahkan punca sebenar kejadian di mana dia begitu marah dengan kedua ibu bapanya. - The Reporter

Video: Balasan Isteri Curang Melekat Ketika Melakukan Hubungan Seks

Imej
Nairobi – Rahsia seorang isteri yang curang dengan suaminya terbongkar dengan cara memalukan apabila dia melekat ketika melakukan hubungan seks dengan kekasihnya. Pasangan itu dilaporkan melekat ketika mereka melakukan hubungan seks di rumah wanita berkenaan di sebuah bandar daerah Kisii, Kenya. Ketika kejadian suami wanita itu tiada di rumah kerana keluar daerah atas urusan perniagaan. Kerana kesakitan dan tidak dapat melepaskan diri, pasangan berkenaan yang melekat di bahagian kemaluan menjerit meminta tolong. Beberapa jiran yang mendengar jeritan pasangan berkenaan kemudian memecah masuk rumah untuk membantu mereka. Bagaimanapun, jiran yang masuk ke dalam rumah itu terkejut apabila melihat pasangan berkenaan melekat dalam keadaan bogel di atas katil. Keadaan bertambah kecoh apabila orang ramai mula berkumpul di rumah itu melihat apa yang berlaku. Suami wanita itu yang dihubungi seorang jirannya mengarahkan pasangan berkenaan dibawa berjumpa seorang bom...

Video Wanita Heret Suami Kerana Hospital Tidak Membenarkan Guna Kerusi Roda.

Imej
New Delhi – Seorang wanita dirakam mengheret suaminya yang sakit dan tidak berdaya di sebuah hospital kerana tidak dibenarkan menggunakan tandu atau kerusi roda untuk membawa lelaki itu. Dalam kejadian di Hospital Kerajaan Guntakal, Anantapur, Andhra Pradesh itu, pesakit berkenaan, Srinivasa Chary dibawa ke hospital kerana menghidap radang perut dan usus atau gastroenteritis. Bagaimanapun, selepas gagal mendapatkan bantuan, wanita berkenaan, Srivani, terpaksa mengheret suaminya yang tidak boleh berdiri, dari aras bawah ke tingkat satu hospital itu. Orang ramai di hospital itu hanya memerhatikan perbuatannya. Rakaman video kejadian itu tersebar di media sosial dan mencetuskan kemarahan orang ramai. Sementara itu, jurucakap hospital Mallikarjun Reddy berkata: “Hospital ini ada lima tandu, malangnya saya cuma tahu mengenai kejadian ini selepas ia berlaku.” NDTV melaporkan, kakitangan hospital itu memberitahu Srivani ada dua kerusi roda dan satu tandu yang boleh ...

Video Kejam Budak 7 Tahun Dipukul Dan Dibakar Hidup-Hidup.

Imej
Lagos –  Seorang budak dibelasah sekumpulan perusuh sebelum dia dibakar hingga mati. Kejadian itu berlaku di daerah Badagry di ibu negara Nigeria ini. Rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu dengan mukanya berdarah mengangkat tangan sambil orang ramai mengelilinginya dalam keadaan kakinya diikat. Dia dituduh merompak peniaga tempatan dan juga mengancam membunuh penduduk sebelum ditangkap. Kanak-kanak itu yang namanya tidak dinyatakan dipukul berulang kali walaupun merayu supaya dimaafkan. Seorang lelaki dilihat cuba meletakkan tayar terpakai pada lehernya. Ia bertujuan mencurahkan minyak tanah pada tayar berkenaan sebelum api dinyalakan untuk membakar mangsa. Budak itu berjaya menolak tayar itu. Namun, dia tetap dibakar hingga mati walaupun sebahagian penduduk mendesak dia diserahkan kepada polis. Video itu dimuat naik ke media sosial dengan ada pengguna berkata, budak itu berusia 15 tahun dan ada yang berkata, dia mungkin berumur tujuh tahun. ...

11 Jam Ibu Gajah Ini Gali Tanah Untuk Selamatkan Anaknya.

Imej
Tiada apa yang boleh menandingi kasih sayang seorang ibu. Seekor gajah dilihat menggali tanah selama 11 jam hanya untuk mengeluarkan anaknya yang terjatuh dalam lubang dan tak mampu untuk dikeluarkan. Seluruh penduduk kampung melihat situasi itu tetapi tak tahu bagaimana nak menolong kerana usaha ibu gajah tersebut hanya temui jalan buntu kerana dia membuatkan keadaan lebih teruk dengan saiz badannya yang besar dan berat. Namun, mereka mengalihkan pandangannya dengan memberi pisang yang banyak sebelum membantu mengeluarkan anak gajahnya.