Kerana Dendam, Isteri Bunuh Suami Bakal Menerima Hukuman Mati
Perselisihan faham sering terjadi dalam
rumahtangga bagi pasangan yang berkahwin. Malahan turut mengancam nyawa
pasangan apabila salah seorang tidak dapat mengawal perasaan.
Seorang Isteri di Palembang bakal menerima
hukuman mati apabila telah membunuh suaminya akibat menyimpan dendam selama 20
tahun ditambah pula dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita
lain.
Difahamkan, isteri tersebut telah menikam
suaminya sebanyak 3 kali dibahagian perut semasa mereka sedang bertengkar di
rumah namun suami masih hidup dan kerana berasa tidak puas hati wanita itu
bertindak untuk menikam semula suaminya di hospital ketika sedang dirawat sehingga
maut pada 7 March 2018.
Menurut saksi ketika mereka bertengkar di
rumah, mangsa Isnadi, 39, sempat memukul isterinya Suciaty, 37, sebelum suspek bertindak
menikam apabila kemarahannya meluap.
Selepas menerima tikaman daripada isteri,
mangsa dikejarkan ke hospital oleh adik iparnya.
Suspek tidak puas hati apabila mendengar
suaminya masih hidup terus bergegas ke hospital di mana suaminya mendapatkan
rawatan bertindak menikam kembali menggunakan pisau yang sama di bahagian perut
sebanyak 3 kali hingga meninggal dunia.
Jururawat bertugas menyedari kekecohan yang
berlaku di bilik hospital tersebut terus mengadukan hal itu kepada petugas
keamanan hospital terbabit.
Suspek telah diserahkan kepada pihak polis untuk
tindakan seterusnya.
Menurut suspek dia kembali menikam semula
suaminya sehingga meninggal dunia kerana bimbang mangsa akan membalas dendam
terhadapnya.
Tambahnya lagi, sudah sekian lama dia dan
suami sering bertelingkah dan kerap kali dia menjemput suaminya di rumah
kekasih gelap kerana tidak pulang ke rumah serta suaminya selalu mengasari
beliau sejak berkahwin.
Suspek kini dalam tahanan dan didakwa di bawah
pasal 340 KUHP kerana melakukan pembunuhan dan bakal menerima hukuman mati. Sumber:Eberita , Editor:Anna

Ulasan
Catat Ulasan