Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel kematian

Wira Penyelamat Malaysia Menghembuskan Nafas Terakhir

Imej
TEMERLOH: Anggota bomba yang digelar sebagai wira penyelamat di mana dia sering sahaja muncul dengan aksi ularnya telah meninggal dunia pagi tadi sekitar jam 1.00 pagi. Mayat yang dikenali sebagai PB Abu Zarin B Husin (BBP Temerloh) itu menghembuskan nafas yang terakhir setelah beberapa hari dia di masukkan ke hospital kerana dipatuk ular. Berita mengenai pemergian mangsa itu telah diumumkan sendiri oleh Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia) sekitar pagi tadi. Terdahulu, Abu Zarin sebelum ini pernah terkenal dengan kecekapannya menangkap ular di mana gambarnya mengajar ular di dalam sebuah kelas telah menjadi viral di laman sosial. Namun, tidak disangka minat yang disukainya itu akhirnya telah menyebabkan dia dipatuk seekor ular ketika sebuah operasi sehingga menyebabkan dia dimasukkan ke hospital dan tidak sedarkan diri. Dalam pada masa yang sama, Abu Zarin sebelum ini pernah beberapa kali hadir ke Balai Bomba dan Penyelamat Raub untuk me...

Mayat Nelayan Yang Lemas Berjaya Ditemui

Imej
SEKINCHAN: Mayat seorang nelayan yang dilaporkan hilang telah berjaya ditemui di perairan Pasir Panjang, pada jam 9.40 pagi tadi. Mayat mangsa yang dikenali sebagai Shahrul Naim Mohamad Sukor, 38, itu dipercayai telah hilang sejak hari Isnin yang lepas apabila dia dikatakan keluar memancing secara berseorangan. Pihak Bomba dan Penyelamat yang dimaklumkan mengenai kehilangan mangsa itu telah berjaya menemui mangsa yang terapung kira-kira 20 kilometer dari Pantai Redang. Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sekinchan, Penolong Penguasa Bomba Khairul Anuar Abu Bakar, pihaknya sebelum itu telah menggerakkan semula operasi mencari dan menyelamat (SAR) untuk mencari mayat mangsa sekitar jam 8 pagi ini. “Kita terpaksa menangguhkan pencarian pada jam 8 malam semalam kerana sudah gelap." “Pagi ini, empat anggota diketuai Komander Operasi, Penolong Penguasa Bomba Tengku Muhammad Iqbal Tengku Abu Bakar menggunakan bot penyelamat menyusuri perairan berkenaan sebelum menemui mayat mangsa...

Gara-Gara Sekat Pernafasan Untuk Kepuasan Seks, Wanita Maut Dicekik Pasangan

Imej
ABERDEEN: Gara-gara keinginan seks yang melampau, seorang wanita telah mati di cekik ketika melakukan hubungan tersebut. Mangsa yang dikenali sebagai Chloe Miazek itu meninggal dunia kerana di cekik ketika sedang asyik menjalinkan hubungan dengan seorang lelaki yang baru ditemuinya di perhentian bas. Mangsa yang berusia 20 tahun itu dipercayai telah membawa pulang lelaki terbabit dan dia disahkan telah meninggal dunia di rumahnya di Mark Bruce, 32, di Aberdeen, Scotland. Namun, apa yang lebih malang lagi, mangsa juga dikatakan maut selang beberapa hari sebelum sambutan hari lahirnya yang ke 21. Menurut laporan, ketika kejadian tersebut berlaku mangsa dipercayai sedang mabuk sebelum dia bertemu dengan lelaki yang dikenali sebagai Bruce. Apabila bertemu, kedua-duanya bersepakat untuk mengadakan hubungan seks bersama kerana mempunyai keinginan seks yang sama. Semasa berhubungan, pasangan tersebut juga turut bersetuju untuk melakukan 'erotic asphyxiation' di mana ia akan menyeka...

Video Lelaki Maut Kepala Tersangkut Di Pagar Rumah Kawan.

Imej
Video berdurasi selama 28 saat memaparkan seorang lelaki ditemui sedang tersangkut kepalanya dipintu masuk sebuah rumah di Brazil. Lelaki itu telah disahkan meninggal dunia dan dipercayai ketika kejadian tersangkut kepala itu berlaku dia cuba memanggil rakannya yang berada dalam rumah tersebut. Mangsa memasukkan kepalanya di bahagian atas celahan pintu terbabit untuk menjenguk rakannya itu ada di rumah atau tidak setelah tidak mendapat jawapan ketika memanggil rakannya itu. Namun setakat ini tiada maklumat sebenar tentang kes terbabit sama ada bersangkut dengan kes jenayah atau tidak dan masih dalam siasatan. Video ini turut dikongsi beberapa halaman media sosial setempat dan telah menggemparkan penduduk setempat di kawasan itu. Editor:Anna

Identiti Mayat Wanita Berkepala Berjaya Dikenal Pasti.

Imej
Baru-baru ini kecoh apabila seorang wanita telah ditemui tanpa sebarang anggota badan di tebing Sungai Batang Lupar, Sarawak. Identiti wanita terbabit bagaimana pun baru sahaja dikenal pasti sebagai warga China. Terdahulu, mayat wanita terbabit ditemui dengan hanya berkepala tanpa mempunyai sebarang anggota badan yang lain di kawasan kejadian. Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, identiti mangsa yang dikatakan berusia 31 tahun itu berjaya dikenal pasti apabila pihaknya telah menangkap seorang lelaki iaitu suami kepada mangsa. Tambahnya lagi, lelaki tersebut iaitu suspek yang berusia 42 tahun itu adalah salah seorang peniaga tempatan di kawasan bandar tersebut. “Peniaga tersebut ditahan untuk membantu siasatan lanjut berkaitan kes kematian isterinya setelah keterangan yang diberikan kepada polis didapati meragukan.” “Bapa kepada dua anak itu telah di reman selama tujuh hari bermula semalam dan kes itu telah diklasifikasikan semula mengikut Seksyen 302 Kanun Kes...

Kerana Dendam, Isteri Bunuh Suami Bakal Menerima Hukuman Mati

Imej
Perselisihan faham sering terjadi dalam rumahtangga bagi pasangan yang berkahwin. Malahan turut mengancam nyawa pasangan apabila salah seorang tidak dapat mengawal perasaan. Seorang Isteri di Palembang bakal menerima hukuman mati apabila telah membunuh suaminya akibat menyimpan dendam selama 20 tahun ditambah pula dengan suaminya yang mempunyai hubungan sulit dengan wanita lain. Difahamkan, isteri tersebut telah menikam suaminya sebanyak 3 kali dibahagian perut semasa mereka sedang bertengkar di rumah namun suami masih hidup dan kerana berasa tidak puas hati wanita itu bertindak untuk menikam semula suaminya di hospital ketika sedang dirawat sehingga maut pada 7 March 2018. Menurut saksi ketika mereka bertengkar di rumah, mangsa Isnadi, 39, sempat memukul isterinya Suciaty, 37, sebelum suspek bertindak menikam apabila kemarahannya meluap. Selepas menerima tikaman daripada isteri, mangsa dikejarkan ke hospital oleh adik iparnya. Suspek tidak puas hati apabila mendeng...

Mayat Wanita Curang Ditemui Di Dalam Bilik Hotel

Imej
INDONESIA: Seorang isteri telah meninggal dunia apabila mayatnya telah ditemui di dalam sebuah bilik di sebuah hotel di Jawa Timur. Wanita tersebut dipercayai telah berlaku curang dengan suaminya dan turut berbohong kepada suaminya sebelum mayatnya itu ditemui dalam keadaan yang tidak diduga di bilik hotel terbabit. Mangsa yang tidak diketahui identitinya itu dipercayai telah ke hotel terbabit dengan seorang lelaki yang dan dia dikatakan telah meninggal dunia ketika mereka berdua sedang melakukan hubungan intim. Menceritakan mengenai kejadian itu, seorang pekerja hotel memberitahu bahawa pasangan kepada mangsa telah berlari keluar daripada bilik untuk memohon bantuan selepas dia mendapati mangsa tidak sedarkan diri. Pihak polis yang dimaklumkan mengenai kejadian terbabit mendapati bahawa terdapat najis yang bercampur darah di bahagian seluar dalamnya. Dalam pada masa yang sama, pihak polis turut menyatakan bahawa tiada sebarang kecederaan mahupun kekerasan yang dilakukan ke atas tubu...

Mayat Wanita Ditemui Tanpa Pakaian Di Bilik Hotel

Imej
IPOH: Seorang wanita telah ditemui meninggal dunia dalam keadaan yang mendukacitakan di mana mayatnya itu telah ditemui dalam keadaan berbogel tanpa sehelai pakaian di sebuah bilik di Hotel Premium, Bandar Meru Raya, Ipoh. Mangsa yang dikenali sebagai Nor Azian Bt Mohamad Amin yang dipercayai berasal dari Kampung Seri Ketengga, Baling itu dikatakan datang dan mendaftar masuk ke hotel terbabit tanpa ditemani oleh sesiapa pada 2 March yang lepas. Namun, menurut pihak hotel, mangsa dikatakan sepatutnya mendaftar keluar keesokan harinya tetapi pihak hotel mendapati bahawa mangsa masih lagi berada di hotel terbabit. Ini menyebabkan pihak hotel menggunakan kunci pendua bagi membuka pintu bilik hotel terbabit namun mereka semua terkejut apabila mereka mendapati mangsa telah terbaring tidak sedarkan diri dengan separuh bogel serta hidungnya juga turut mengeluarkan darah. Oleh kerana terkejut dengan kejadian itu, pihak hotel bertindak memaklumkan kejadian itu kepada pihka polis. Be...

Tiga Lelaki Warga Filipina Ditembak Mati Pihak Berkuasa.

Imej
TAWAU - Tiga lelaki telah mati ditembak oleh pihak berkuasa dalam satu kejadian tembak menembak yang dipercayai berlaku di kawasan ladang kelapa sawit Batu 2 Jalan Kalabakan-Keningau pada petang semalam. Ketiga-tiga lelaki terbabit merupakan warga Filipina dan difahamkan mereka itu memang menjadi buruan polis kerana telah melakukan pelbagai jenayah. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus, kejadian tersebut dianggarkan berlaku pada jam 3.20 petang apabila pihak berkuasa berusaha sedaya upaya untuk berbalas tembakan dengan suspek. Difahamkan, kesemua suspek tersebut mempunyai senjata api jenis rifel dan revolver di mana senjata itu disimpan oleh mereka di dalam kereta yang dinaiki. "Kejadian itu berlaku selepas sepasukan polis mengekori sebuah kereta kancil berwarna putih yang dinaiki tiga suspek dalam keadaan mencurigakan dan apabila suspek menyedari diekori polis kereta suspek memecut ke arah Batu 3 Kalabakan-Keningau dan membelok masuk ke sebuah lada...

Hadiah Perkahwinan Meletup, Pengantin Lelaki Maut Manakala Isterinya Kritikal

Imej
INDIA: Seorang pengantin lelaki yang sedang melangsungkan perkahwinannya serta seorang nenek kepada pengantin tersebut telah maut apabila berlakunya satu letupan ketika majlis perkahwinan mereka sedang berlangsung. Letupan itu dikatakan berlaku apabila pengantin lelaki terbabit dan pasangannya itu ada menerima satu bungkusan misteri yang dihantar oleh seseorang sebagai tanda perkahwinan. Berdasarkan siasatan yang dijalankan, bungkusan yang dihantar itu dikatakan tidak bernama dan ianya juga telah dihantar oleh seseorang yang tidak dikenali. Namun, sebaik sahaja membuka bungkusan itu ianya meletup dan turut memusnahkan banyak barangan yang lain selain mencederakan pasangan pengantin lelaki terbabit serta menyebabkan dua orang meninggal. Mangsa yang dikenali sebagai Soumya Sekhar maut ditempat kejadian manakala isterinya iaitu Reema Sahu mengalami kecederaan yang serius. Setakat ini, pihak polis masih lagi menjalankan siasatan lanjut untuk mengetahui maksud sebenar kejadian itu. Pihak ...

Akibat Tidak Puas Hati Gara-gara Permainan PS3, Lelaki Ini Telah Di Bunuh Dengan Kejam

Imej
INDONESIA- Unit Penyelidikan Jenayah Polis di daerah Kediri, Jawa Timur akhirnya telah menemui petunjuk bagi satu kes pembunuhan yang amat tragis berlaku di daerah itu. Mangsa yang dikenali sebagai Achmat Wahyu Sobirin yang berusia 26 tahun telah dibunuh dengan cukup mengerikan. Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terbakar di kawasan pokok tebu,  di perkampungan Kandat, Kabupaten Kediri. Selain itu,mayatnya juga didalam keadaan separuh bogel dan anggota badannya dipercayai telah terbakar 30 peratus.Manakala,mukanya juga berlumuran darah akibat daripada pergelutan bersama suspek. Menurut daripada hasil bedah siasat , mayat mangsa  juga mengalami kecederaan di bahagian dubur, ada kemungkinan mangsa telah menjadi mangsa serangan seksual sebelum mangsa dibakar. Namun,ketika kes ini di bicarakan,ternyata misteri di sebalik pembunuhan ini telah dapat diteliti dengan cukup mendalam. Laporan media Indonesia mendapati, Achmat telah dibunuh hanya kerana permainan vid...

Padah Curi Kambing, Lelaki Ini Dibakar Hidup- Hidup

Imej
INDONESIA- Seorang lelaki dipercayai telah mati dibakar hidup-hidup bersama motorsikalnya oleh penduduk kampung kerana telah disyaki cuba mencuri kambing. Kejadian itu dilaporkan telah berlaku di daerah Birm,mangsa yang dikenali sebagai Julkifli,20, telah berjaya ditangkap oleh penduduk kampung dan mangsa telah diseret ke satu kawasan yang luas. Muhktar SH,Pegawai Daerah, memberitahu lelaki itu telah dibakar di kawasan padang bola di Kampung Tangga Baru. "Mangsa telah ditangkap dan dibunuh kerana dia disyaki mencuri kambing penduduk kampung,"katanya. Menurut laporan, mangsa berjaya diberkas bersama rakan subahatnya apabila salah seorang daripada penduduk setempat ternampak mangsa cuba untuk mencuri kambing penduduk kampung. Sejurus kejadian itu, penduduk kampung berjaya mengejar mangsa bersama motorsikal ,namun malangnya rakan subahat mangsa  berjaya melarikan diri daripada ditangkap. Kemudian, mangsa telah di seret ke arah padang lalu dibakar hidup-hidup oleh ...