Suami Harus Tahu Jika Menyakiti Hati Atau Memukul Isteri, Bererti Dia Derhaka Pada Allah.
Ramai orang mendambakan kehidupan suami isteri yang bahagia namun
mereka harus menyedari di alam rumah tangga pasti ada dugaan dan cabaran dan
iakan akan menjadi pergolakan sekiranya tidak ada tolak ansur dan kefahaman
bersama.
Kecil atau besar masalah yang dihadapi bergantung kepada cara kita
menghadapinya dan mencari jalan penyelesaian.
Sekiranya ada masalah kekeluargaan jangan mendedahkanya kepada
orang ramai kerana ia akan bertambah besar sekiranya masuk campur tangan orang
lain.
Kita sudah pasti sering mendengar perkataan ‘Isteri Derhaka,
tetapi pernahkan mendengar perkataan ‘suami derhaka’.
Seseorang ada mengajukan soalan kepada ustaz “Kalau isteri
menyakiti hati suami, tandanya derhaka pada suami. Namun bagaimanakah bila
suami sakiti hati isteri?”
Ustaz tersebut menjawab “berdosa juga lah. Namun tak ada istilah
suami derhaka pada isteri, namun suami akan ditandai Malaikat juga sebagai
derhaka pada Allah SWT.
Wahai suami, percayalah kerana isteri rezeki mu akan bertambah
kerana dia yang melahirkan zuriatmu, menjaga makan pakaimu dan juga membuat
hatimu tenang.
Isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat cela
yang tersembunyi di pandangan mata suami itu sendiri dan boleh menerima
kekurangan si suami.
Jangan sakiti hati isteri kerana rezeki mu akan menjadi sempit dan
tidak ada keberkatan.
Ingatlah setiap pengorbanan yang dia lakukan walaupun kecil
dimatamu.
Tiap peluh yang menitik dari tubuhnya melakukan pekerjaan menguruskan
rumah tangga dan setiap titis air mata kerana anak dan suami adalah tanda dia
seorang isteri yang terbaik. Editor:Farhana

Ulasan
Catat Ulasan