Pengarah Dan Pelakon Nekat Untuk Membuat Laporan Polis
FILEM arahannya KL Wangan tersebar
di laman sesawang Facebook, Pengarah dan pelakon, Pekan Ibrahim rasa teramat
kecewa.
Menerusi Instagram milik Pekin, dia
hanya mampu mengharapkan tindakan daripada pihak berkuasa apa yang patut di
ambil pada mereka-mereka yang berani buat sedemikian rupa.
"Tidak mampu berkata apa...
Biarlah pihak berkuasa yang mengambil tindakan. Sabar, perjuangkan filem
Malaysia, hentikan FB live," tulisnya.
Dipercayai kejadian itu berlaku
pada 3 Januari lalu, dan filem KL Wangan telah disebarkan menerusi rakaman
langsung di Facebook.
Foto di muat naik pada pagi Khamis
itu menerima lebih 4,000 tanda suka dan ratusan komen pengikut.
Ada juga yang bersimpati dan
meninggalkan komen berharap Pekin bersabar dan meminta pihak berkuasa menangani
jenayah siber ini.
"Kenapa masih lagi ada yang
tak sedar walaupun ramai dah produser dan pengarah buat laporan tentang kes
cetak rompak FB live ni. Tolonglah faham hasil kerja anak seni yang bersusah
payah untuk hasilkan satu karya. Bukannya senang nak bersengkang mata pagi ke
malam."
"Cuba bayangkan yang cari
rezeki tu ahli keluarga anda sendiri untuk bagi anak-anak anda makan. Selagi
perkara ni tak ambil tindakan keras selagi tu masih ada pekara sebegini. Keep
strong bro," kata Muhammad Azfar Faiz.
Filem berkisah dunia permotoran
yang menelan belanja hampir RM5 juta ini masih ditayangkan di pawagam seluruh
Malaysia sejak 21 Disember lalu.
Sebelum ini, beberapa filem
tempatan turut menerima nasib yang sama apabila menjadi mangsa cetak rompak
digital. Antaranya filem Pinjamkan Hatiku, Kau Yang Satu dan KL Gangster 2.
Sumber: Mstar – Editor: Amyle Nazrul



Ulasan
Catat Ulasan