Polis Tentukan Pemenang Loteri AS$1 Juta


THAILAND - Ujian DNA bakal menentukan nasib pemenang loteri apabila seorang guru Thai mendakwa bahawa tiket kemenangannya bernilai hampir AS$1 juta hilang dan hadiah itu kemudiannya dituntut oleh seorang bekas polis.

Terdahulu, pada bulan lalu telah tercetus satu kontroversi apabila seorang guru yang dikenali sebagai Preecha Kraikruan, 50, memfailkan aduan bahawa dia telah hilang lima tiket loteri cabutan.

Manakala pihak berkuasa mendapati bahawa hadiah 30 juta baht (AS$920,000) itu telah dituntut oleh anggota polis bersara, Charoon Wimon, 62 yang berasal di wilayah Kanchanaburi barat.

Pihak berkuasa mendapati hadiah 30 juta baht (AS$920,000) itu telah dituntut oleh anggota polis bersara, Charoon Wimon, 62, di wilayah Kanchanaburi barat.

Dengan kedua-dua pihak mendakwa wang tunai itu adalah hak mereka, polis forensik kini membuat siasatan untuk menentukan cap jari yang sepadan pada tiket.

Kata Timbalan Komander Polis Wilayah Kanchanaburi, Krissana Sapdet, "tiada seorang pun yang didakwa dalam kes berkenaan kerana kita perlu menunggu keputusan ujian DNA."

Manakala keputusannya dijangka diperolehi bulan depan, kata seorang pegawai forensik di jabatan keadilan.

Difahamkan, loteri yang dikendalikan oleh kerajaan itu, yang dicabut dua kali sebulan dan telah mencetuskan fenomena dalam sebuah kerajaan di mana hampir kesemua bentuk perjudian lain diharamkan. Sumber: Mstar Online. Editor: Atila Atasha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja