Operasi Bersepadu Lumba Haram Digempur Menjelang Tahun Baru


  
Menjelang tahun baru, lumba haram harus dihentikan.

Operasi tutup dalam sekatan jalan raya di Jalan Raja Laut, sebanyak 327 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan motosikal dan kereta, malam tadi.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur menjalankan operasi khas secara bersepadu untuk bertujuan menghalang samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara menjelang sambutan Tahun Baru 2018, malam ini.

Operasi khas secara bersepadu oleh Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur itu bertujuan mengekang samseng jalanan dan lumba haram di ibu negara menjelang sambutan Tahun Baru 2018, malam ini.

Operasi tertutup turut disertai pasukan dari Jabatan Siasatan Jenayah Dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi. Dengan kekuatan 110 pegawai dan anggota.

Operasi yang diketuai oleh Timbalan Ketua JSPT Kuala Lumpur, Superintendan Ahmad Adnan Basri memeriksa 970 motosikal dan 138 kenderaan berkata 327 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan manakala tiga tangkapan dibuat atas kesalahan dadah dan alkohol.

Seorang lelaki tempatan yang membawa tiga wanita warga Thailand turut ditahan untuk membuat siasatan lanjut dan ujian urin dijalankan ke atas lelaki terbabit manakala tiga wanita Thailand itu akan dibuat semakan dengan Jabatan Imigresen.

Menurut polis mereka semakin ghairah melakukan aksi berkenaan jika ramai penonton.

“kumpulan motor sering melepak pada hujung minggu di lokasi tertentu terutamanya di Dataran Merdeka, sekitar jam 11 malam sehingga awal pagi dan membuat aksi-aksi berbahaya."Kata polis

Selain Jalan Raja Laut, operasi turut ditumpukan di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman. Sumber:Buletin TV3 , Editor:Farhana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja