Lelaki Parah Disamun Berkumpulan
SUNGAI PETANI – Bukit Selambau seorang lelaki di serang oleh
beberapa orang lelaki menggunakan parang dalam kejadian samun di kawasan tapak
kilang malam tadi. Lelaki berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah
akibat di tetak.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi
Abdul Hamid berkata, Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, mangsa dikatakan
manaiki motosikal seorang diri melalui kawasan tersebut untuk pulang ke
rumahnya.
"Setibanya di kawasan kejadian, dia mendakwa dipukul
oleh beberapa suspek yang menggunakan kayu dan parang. Suspek-suspek tersebut,
dikatakan mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri.
“Walaupun dia mengalami kecederaan di beberapa anggota
badan, dia gagahkan dirinya untuk menunggan motosikalnya sehingga ke rumah
sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh bapanya untuk
menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan.
“mangsa didapati mengalami luka di pipi kanan, tangan kanan
dan belakang badan dipercayai akibat ditetak senjata tajam.
"Laporan polis kemudiannya dibuat oleh bapa mangsa yang
berusia 49 tahun kira-kira pukul 1.04 pagi ini.
"Ekoran daripada itu, sepasukan anggota polis telah
bertindak bermula pukul 2 hingga pukul 8 pagi ini bagi menahan 10 individu
serta merampas enam motosikal, sebuah kereta, tiga bilah parang, sehelai jaket
hitam dan dua topi keledar yang disyaki digunakan semasa kejadian,"
katanya.
kesemua tangkapan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini untuk
permohonan reman dengan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan
kerana mendatangkan kecederaan ketika melakukan samun. Sumber: Utusan Online,
Editor: Atila Atasyah


Ulasan
Catat Ulasan