Catatan

Menunjukkan catatan yang berlabel Rompak

Rumah Iqram Dinzly Di Masuki Pencuri

Imej
Iqram Dinzly adalah salah satu nama yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air apabila dia sering sahaja mencetuskan kontroversi. Namun, semalam satu kejadian telah menimpa dirinya apabila rumahnya telah dimasuki pencuri dan perkara itu disahkan oleh dirinya sendiri melalui laman sosial Instagram miliknya. Rompakan tersebut dikatakan berlaku di rumahnya di Damansara dan dalam rompakan terbabit dia telah kehilangan seutas jam tangan jenama Claudia Patriks yang bernilai RM 10 ribu ringgit, dua utas jam tangan berjenama Gshock dan Guess serta Iphone 6 dan juga komputer peninggalan arwah bapanya. Iqram segera membuat laporan polis sebaik sahaja menyedari perkara tersebut namun dia tetap bersyukur dan turut menganggap bahawa semua itu adalah ujian dan dugaan yang diberikan oleh Allah ke atas dirinya. Perkongsian Iqram di laman sosial miliknya telah mendapat perhatian para peminatnya di mana mereka turut mendoakan supaya perompak terbabit segera ditangkap dan mendapat balasan y...

Rumah Orang Kampung Dirompak Oleh Dua Anggota Polis

Imej
KELANTAN : Selepas didapati bersalah melakukan rompakan berkumpulan terhadap seorang peniaga, dua tahun lalu. Dua anggota polis serta seorang peniaga dijatuhi hukuman penjara dan sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kota Bharu hari ini. Hakim Nazri Ismail menjatuhi hukuman itu terhadap ketiga-tiga tertuduh selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah. Tertuduh pertama, Konstabel Adri Hazwan Ahmad, 29, dijatuhi hukuman penjara 11 tahun dan empat sebatan. Tertuduh kedua, Lans Koperal Mohamad Fauzi Ariffin, 27, dan tertuduh ketiga yang juga abangnya, Mohd Fairuz, 30, dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan enam sebatan. Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan. Katanya, hukuman dijatuhi kepada dua beradik yang juga tertuduh kedua dan ketiga tanpa kehadiran mereka di mahkamah mengikut Seksyen 425(a) Kanun Prosedur Jenayah. Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh didakwa bersam...

Enam Dulang Dalam Masa 3 Minit

Imej
SEREMBAN: Lapan orang sekumpulan perompak dan seorang dari mereka bersenjatakan senapang patah telah melarikan barang kemas dari sebuah kedai di sebuah pusat beli-belah di Kemayan Square, pada 8.30 malam. Menurut saksi kejadian, suspek yang menyerbu premis berkenaan menutup muka dengan topi keledar mengacukan senjata api kepada pekerja serta pengawal keselamatan kedai. Saksi mendakwa perompak kemudian memecahkan rak pameran kaca menggunakan tukul dan sempat melarikan kira-kira enam dulang barang kemas. "Ketika kejadian, tiada pelanggan di kedai berkenaan yang terletak di tingkat bawah dan berhampiran pintu masuk kompleks beli-belah. "Suspek mengambil masa kira-kira tiga minit sebelum melarikan diri," katanya di sini, malam ini. Selaras senapang patah sempat ditinggalkan oleh suspek tidak jauh dari kedai terbabit sebelum mereka melarikan diri menaiki motosikal. Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Thiew Hock Poh berkata siding media akan diadakan pada har...

Dua Lelaki Kantoi Pecah Rumah

Imej
SELANGOR - Dua orang lelaki berjaya ditangkap apabila orang ramai menyedari perbuatan mereka yang cuba untuk pecah masuk rumah di Batu Caves. Orang awam yang menangkap mereka memukul suspek sehingga cedera untuk memberi pengajaran atas perbuatan mereka. Suspek yang melakukan jenayah tersebut tidak dapat dikenal pasti identiti mereka. Suspek yang ditangkap, diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. Walaupun melakukan jenayah, suspek tetap dilayan seperti Manusia apabila ada salah sorang daripada orang awam memberikan minuman kepada mereka. Editor:Farhana

Video - Wanita Di Tikam Dan di Samun Di Khalayak Ramai

Imej
Video mengenai seorang wanita yang dipercayai ditikam serta dirompak oleh seorang lelaki baru-baru ini telah tular di laman media sosial. Dalam kejadian yang berlaku di sekitar kawasan perumahan yang tidak ketahui lokasinya, seorang wanita dilihat terbaring dengan berlumuran darah di hadapan sebuah rumah manakala seorang lelaki yang tidak dikenali kelihatan sedang memukul wanita berkenaan. Difahamkan, video yang berdurasi selama 2.07 saat itu telah dirakam oleh seorang wanita yang berhampiran dengan tempat kejadian namun dia hanya dapat merakam dari jarak jauh. Lelaki berkenaan dilihat memukul wanita berkenaan tanpa henti walaupun wanita itu meronta kesakitan. Malah orang ramai yang berada di berhampiran lokasi turut berteriak supaya lelaki terbabit berhenti melakukan perbuatan tersebut namun tidak diendahkannya apabila lelaki itu dengan berani terus-menerus memukul wanita berkenaan. Sementara itu, ada juga kenderaan yang memberhentikan kenderaannya di lokasi ter...

Lelaki Parah Disamun Berkumpulan

Imej
SUNGAI PETANI – Bukit Selambau seorang lelaki di serang oleh beberapa orang lelaki menggunakan parang dalam kejadian samun di kawasan tapak kilang malam tadi. Lelaki berusia 24 tahun itu mengalami kecederaan parah akibat di tetak. Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Saifi Abdul Hamid berkata, Kejadian berlaku kira-kira pukul 9 malam, mangsa dikatakan manaiki motosikal seorang diri melalui kawasan tersebut untuk pulang ke rumahnya. "Setibanya di kawasan kejadian, dia mendakwa dipukul oleh beberapa suspek yang menggunakan kayu dan parang. Suspek-suspek tersebut, dikatakan mengambil dompet mangsa sebelum melarikan diri. “Walaupun dia mengalami kecederaan di beberapa anggota badan, dia gagahkan dirinya untuk menunggan motosikalnya sehingga ke rumah sebelum dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) oleh bapanya untuk menerima rawatan,” katanya dalam satu kenyataan. “mangsa didapati mengalami luka di pipi kanan, tangan kanan dan belakang badan di...

Tiga Remaja Kantoi Merompak Dan Membunuh Setelah Melanggar Tembok

Imej
 Indonesia: Ogan Komering Ilir - Kejadian rompakan dan bunuh melibatkan tiga orang remaja. Remaja tersebut telah membunuh seorang lelaki berusia 47 tahun sewaktu melakukan rompakan. Tiga remaja digelar sebagai, IS (17), HC (18), dan ES (19) yang berasal dari Ogan Komering Ilir (OKI), Sumatera Selatan.  Perbuatan ketiga-tiga remaja lelaki itu dikesan apabila mereka melanggar tembok di Jalan Flamboyan, Mulyojati, Metro Barat .  Dari keterangan pesalah, mereka telah melakukan rompakan dan membunuh Abdurahman (47), penduduk Jalan Dusun I Muara Burnai, OIC pada  (11/6) antara pukul 02.00-04.00 petang.  Menurut ketua polis Metro, Ajun Komisaris Besar Rali Muskitta berkata, ketiga-tiganya remaja melarikan diri menggunakan kereta mangsa Toyota Avanza hitam BG 1152 KE selepas melakukan pembunuhan.  Ketiga-tiga pesalah telah lari ke arah Metro dan mereka telah melanggar tembok kemudian penduduk mendekati kereta tersebut  tetap...

Video : Taktik Dua Penyamun Elak Dirakam CCTV Berjaya Ditangkap

Imej
TERENGGANU - Dua lelaki berjaya ditahan selepas cuba melakukan cubaan samun ke atas sebuah kedai alat telekomunikasi di sebuah kompleks beli-belah. Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada awal pagi tadi sekitar pukul 12.53 pagi di Kompleks Kemaman Central Point. Kedua-dua suspek dikatakan meceroboh masuk ke dalam kompleks berkenaan dengan bersenjatakan pisau dapur dan batang besi ketika kejadian. Kedua-dua mereka telah memotong selak mangga pintu salah satu pintu masuk bangunan berkenaan dalam cubaan menyamun kedai alat telekomunikasi terbabit. Pengawal keselamatan yang memantau kelibat kedua-dua suspek melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berjaya mengesan kelibat mereka ketika menuruni eskalator. Melalui rakaman CCTV tersebut kelihatan dua suspek berkenaan yang cuba menyembunyikan diri dengan menggunakan 'bunting iklan' ketika cuba melarikan diri melalui eskalator. Walau bagaimanapun tindakan kedua suspek tidak berjaya mengaburi mata pengawal keselamatan...

Kau Memang Suami Jahat, Rumah Ezlynn Dirompak Suami Sendiri.

Imej
BEKAS bintang Gegar Vaganza 2, Ezlynn meluahkan rasa tidak puas hati terhadap suaminya menerusi sebuah entri di laman sosial Instagram, apabila rumah dia telah dirompak oleh suaminya sendiri iaitu Adam Fahmy Shamsudin, 38, tengah malam semalam. Ezlynn atau nama sebenarnya  Azline Ariffin, 35, berkata sebaik sahaja dia pulang, rumahnya tidak lagi mempunyai pagar dan semua barang berharga sudah tiada. Penyanyi lagu Hi Hi Bye Bye itu turut menyatakan rasa tidak puas hati dan mendakwa lelaki tersebut ‘mencuri’ semua wang dan beberapa barang miliknya. Pada ruangan komen, rata-rata peminat berkongsi rasa simpati dengan nasib Ezlynn dan menasihatkannya supaya membuat laporan polis. Ada juga peminat yang mendoakan penyanyi itu tabah dengan dugaan yang menimpa. Entri Ezlynn turut menarik perhatian rakan seperjuangannya ketika di Gegar Vaganza 2, Farahdhiya. Malah, Ezlynn juga meluahkan rasa kesal mengenai suaminya yang disifatkan sebagai seorang yang jahat dan tidak berguna. ...

4 Penyokong Myanmar Dipukul Dan Disamun Selepas Tamat Perlawanan.

Imej
Shah Alam - Satu kejadian cubaan samun telah dilakukan sekumpulan individu terhadap empat orang warga Myanmar selepas tamat perlawanan bola semalam. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan tempat letak kereta di kawasan stadium Shah Alam berkenaan ketika ke empat-empat warga Myanmar tersebut sedang berjalan di kawasan terbabit bagi menuju ke bas. Ketika sedang berjalan secara tiba-tiba mereka telah diserang dan di pukul oleh sekumpulan penyokong Malaysia dari arah belakang. Menurut sumber Shareel Eizwan, kejadian tersebut merupkan satu cubaan samun kerana beg dompet serta telefon bimbit milik mangsa telah di ambil oleh kumpulan tersebut. Beberapa individu yang melihat kejadian tersebut cuba untuk menghulurkan bantuan kepada mereka berempat namun disebabkan bilangan mereka yang lebih ramai menyebabkan mereka turut dibelasah oleh sekumpulan penyokong terbabit yang kemudiannya melarikan diri selepas berjaya mengambil beg dompet serta telefon bimbit warga Myanmar tersebut....

Hati-Hati Dengan Orang Ini, Jumpa Terus Serah Kepada Pihak Polis.

Imej
Sabah - Tiga lelaki diburu oleh pihak polis kerana didakwa bergerak aktif melakukan kegiatan pecah rumah di beberapa buah kampung sekitar sini. Menurut laporan polis yang di buat, kejadian pecah rumah terbabit telah dilakukan pada hari Khamis yang lalu di kampung Darau Lama, Kota Kinabalu ,Sabah. Menurut mangsa pecah rumah terbabit, rumahnya telah di masuki oleh lelaki terbabit bersama dua orang lagi rakannya sebelum suspek juga turut berjaya melarikan diri. Mangsa dikatakan telah mengalami kerugian kehilangan sebuah peti ais berjenama LG beserta kipas meja yang telah dilarikan oleh geng pecah rumah terbabit. Walau bagaimanapun laporan polis telah di buat berhubung kejadian terbabit dan masih lagi tiada sebarang penangkapan dilakukan. Sesiapa yang mempunyai maklumat atau berjaya menangkap suspek bolehlah terus menghantarnya ke balai polis yang berhampiran atau pun ke Balai Polis Menggatal. Suspek yang juga merupakan penduduk di Kampung Darau Lama  telah bergiat aktif ...

Rumah Dirompak: Gadis 14 Tahun Dipukul Hinga Pecah Tengkorak Kepala

Imej
Kuala Lumpur – Malang menimpa seorang remaja perempuan yang dipercayai dipukul hinga pecah bahagian tengkorak apabila rumahnya di rompak di Kampung Masjid, Kajang dekat sini, semalam. Menurut laporan Bernama, Syazana Amirah Asshaari berusia 14 tahun ditemui oleh ibunya Siti Rafiah Mansor, 48, dalam keadaan terbaring di atas katil dengan keadaan berlumuran darah serta kecederaan di kepala, dagu dan mulut, kira-kira 11.15 pagi. Siti Rafiah berkata, beliau keluar bekerja awal pagi dengan mengambil upah mengemas rumah dan pulang ke rumah pada 11 pagi sebelum melihat keadaan anak bongsunya yang tidak sedarkan diri di dalam bilik. “Saya terus minta tolong jiran untuk menghubungi ambulans untuk menghantar anak ke hospital, ” katanya ketika ditemui pemberita di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Katanya, ketika kejadian anak bongsu daripada lima beradik itu tinggal seorang diri di rumah memandangkan yang lain keluar bekerja. Siti Rafiah berkata, anaknya kini sedang mendapatkan rawatan di...

Selepas Aliff Syukri dan Nur Sajat Kini Nazia Mustafar Pula Jadi Mangsa Bibik.

Imej
Kebelakangan ini banyak pula bibik yang kantoi mencuri di rumah majikan ye, agaknya sebab nak raya ini di kampung banyak nak guna duit jadi dia orang ambil pendekatan paling cepat dengan mencuri. Walau selama mana pun bibik kita itu bekerja dengan kita kalau boleh jangan letakkan kepercayaan sepenuhnya ke atas mereka kerana kita sendiri pun belum tentu mengenali hati budi mereka dengan baik. Tidak di nafikan mengambil pembantu rumah boleh meringankan serta memudahkan urusan kita seharian, namun begitu mengambil warga asing sebagai pembantu rumah perlu kuat untuk menghadapi sebarang kemungkinan di kemudian hari. Menurut laporan mStar Online, terdapat satu laporan lagi berhubung kecurian yang membabitkan pembantu rumah telah dilaporkan dan kali ini kejadian tersebut menimpa seorang pelakon wanita. Kejadian tersebut dikatakan berlaku ketika dia dan keluarganya sedang bercuti di Thailand. Nazia atau sebelum ini dikenali sebagai Nadia Mustafar berkata, perkara itu dimaklumkan ol...

Penyelewengan Berlaku Di Amerika, DOJ Tidak Perlu Rujuk Dengan Malaysia.

Imej
Buat apa DOJ nak merujuk kepada pihak berkuasa malaysia, sekarang ini kes 1MDB yang di sebut oleh DOJ berlaku di Amerika Syarikat, Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat tidak merujuk pihak berkuasa Malaysia mengenai kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kerana siasatan mereka terhad kepada kawasan bidang kuasa mereka, kata bekas peguam negara Tan Sri Abu Talib Othman. Beliau berkata AS bimbang akan penggunaan sistem kewangannya untuk membeli aset yang didakwa dibeli dengan wang yang diubah secara haram. “Soal menghubungi peguam negara tidak berbangkit,” kata Abu Talib menjawab Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali yang mengadu DoJ tidak merujuk pejabatnya mengenai kes 1MDB. Abu Talib berkhidmat sebagai peguam negara dari 1980 hingga 1993. Beliau berkata DoJ tidak membuat sebarang tuduhan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan tindakannya terhad kepada aktiviti dalam AS. “DoJ tidak menyiasat individu atau aktiviti di Malaysia tetapi tindakan mereka hanya...

Isteri Malaysian Official 1 Di Minta Pulangkan Barang Kemas RM128j Dari Dana 1MDB.

Imej
Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Tan Sri Muhyiddin Yassin ternanti-nanti tindakan 'isteri MO1' untuk memulangkan barangan kemas bernilai RM128 juta kepada kerajaan Malaysia. "Barangan kemas itu bukanlah milik peribadi 'isteri MO1' kerana dibeli dengan menggunakan wang 1MDB. Justeru, saya menyeru 'isteri MO1' supaya segera berbuat demikian. Alangkah baiknya jika 'isteri MO1' dapat memulangkan barangan kemas tersebut kepada kerajaan. "Dengan pemulangan itu, kerajaan akan mendapat pertambahan dana sebanyak RM128 juta yang boleh dimasukkan ke dalam tabung Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) untuk manfaat pelajar-pelajar miskin di seluruh negara. "Saya menyebutkan perkara ini bukan dengan niat untuk menyindir. Tetapi menunjukkan bagaimana kehilangan wang 1MDB memberi kesan kepada rakyat jelata. Betapa banyak manfaat yang sepatutnya dikecapi oleh rakyat telah hilang begitu sahaja oleh kerana penyelewengan yang d...

Kumpulan Samun Dan Rogol Wanita Di Klang Berjaya Ditahan.

Imej
Kapar – Minggu lalu kecoh kes isteri yang di samun dan dirogol oleh perompak manakala suaminya pula tidur di ruang tamu rumah ketika perompak memasuki rumah mereka. Berikutan kes terbabit, pihak polis telah menahan kumpulan ‘Geng Ball Bearing’, yang didakwa merupakan suspek yang sama menyamun dan merogol mangsa, di Plaza Tol Shapadu, Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mohd Yusoff Mamat berkata, geng berkenaan yang dianggotai tiga pendatang tanpa izin (PATI) dikesan selepas seorang daripada suspek, menyamun dan merogol seorang wanita berusia 34 tahun, pada 7 Jun lalu. Dalam kejadian itu, wanita terbabit dirogol seorang daripada suspek, manakala dua lagi menunggu di luar bilik mangsa. Ketika kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa tidur di dalam biliknya, manakala suaminya tidur di ruang tamu. Suspek mengugut akan membunuh suami mangsa jika dia menjerit. Mohd Yusoff berkata, berdasarkan laporan, suspek yang sama juga mencabul seoran...

Gara-gara Miliki Rupa Seiras Penjenayah, Lelaki Di Penjara 17 Tahun.

Imej
KANSAS - AMERIKA SYARIKAT.Padah kerana memiliki rupa yang hampir sama dengan suspek yang melakukan rompakan bersenjata sehinggakan dia dihukum penjara. Seorang lelaki yang terpaksa menghabiskan 17 tahun di penjara atas tuduhan jenayah yang tidak dilakukannya akhirnya dibebaskan selepas menemui pesalah sebenar yang menyerupainya. Richard Anthony Jones dari Kansas City dibebaskan hakim selepas mengugurkan sabitan ke atasnya selepas bukti yang menyabitkannya adalah tidak kukuh. Jones dipenjara kerana melakukan rompakan bersenjata pada tahun 1999 selepas seorang saksi mengenalpastinya sebagai pesalah. Bagaimanapun tiada bukti fizikal, DNA atau cap jari yang mengaitkan Jones selain dari pengecaman dari saksi. Semasa perbicaraan semula kesnya, saksi yang sama tidak dapat membezakan Jones dengan seorang lagi suspek yang menyerupainya iaitu Ricky. "Saya tidak percayakan tuah, saya yakin saya dirahmati," kata Jones kepada Kansas City Star ketika ditemui selepas dibebaska...

Video Tiga Perompak Larikan Kenderaan Tular

Imej
Video yang telah tular di media sosial menunjukkan sekumpulan perompak telah melarikan sebuah kenderaan yang dipercayai baru sahaja berlaku semalam. Kejadian tersebut dikatakan berlaku di kawasan parking Office di D6 Jalan Sentul, Kuala Lumpur berdekatan dengan Capers building. Dalam kejadian tersebut, 3 orang susupek yang bersenjatakan parang di katakan telah melarikan sebuah kenderaan 4WD Xtrail berwarna hitam dengan nombor pendaftaran WRD 1447. Perompak berkenaan juga turut melarikan dompet berserta wang tunai, komputer riba serta beberapa barangan berharga yang berada di dalam kenderaan berkenaan. Sehingga kini dikatakan kesemua suspek masih lagi belum berjaya ditangkap dan diburu oleh pihak polis. Ketika kejadian kesemua suspek dikatakan menaiki sebuah kereta jenis Toyota Vios berwarna Grey dengan nombor pendaftaran WQF 6198 berkemungkinan nombor pendaftaran tersebut adalah palsu. Bagaimanapun mangsa di katakan tidak mengalami sebarang kecederaan.-Wartawan Jalanan ...