Isteri Orang Bawa Anak Jumpa Kekasih
SEREMBAN – Tergamak seorang ibu yang membawa anak lelaki berusia empat tahun yang berstatus isteri orang untuk bermalam bersama kekasih hatinya di sebuah hotel bajet di Senawang, Seremban.
Perbuatan wanita berusia 31 tahun itu
terbongkar selepas dia ditahan bersama teman lelaki nya berusia 29 tahun di
dalam bilik hotel berkenaan hasil pemeriksaan dilakukan Jabatan Hal Ehwal Agama
Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), pada Isnin lalu.
Ketua Unit Operasi Bahagian Penguat Kuasaan
JHEAINS Ahmad Zaki Hamzah berkata, mereka di antara tujuh pasangan berusia 19
hingga 48 tahun yang ditahan pada malam itu yang di tahan kerana kesalahan
percubaan persetubuhan haram.
"Ketika ditahan wanita terbabit
mengakui membawa anaknya bermalam di hotel berkenaan kerana dalam proses
perceraian dengan suaminya. Terdapat juga pasangan bukan warga negara tetapi
warga Bangladesh dan Indonesia yang beragama Islam ditahan melakukan kesalahan
sama.
Menurutnya, serbuan dilakukan di tiga
lokasi berasingan di Bandar Baru Nilai dan Senawang menerusi Op Bersepadu
Krismas yang bermula 9.00 malam hingga 6.00 pagi.
"Semua yang ditahan dibawa ke Pejabat
Penguat Kuasa JHEAINS untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 61(1) Enakmen
Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Dalam operasi dengan kerjasama Agensi Anti
Dadah Kebangsaan (AADK) itu, Ahmad Zaki berkata, pihaknya turut menahan lima
lelaki beragama Islam kerana disyaki minum minuman keras iaitu arak.
Katanya, semua yang berusia antara 21
hingga 32 tahun terbabit ditahan juga di dua pusat hiburan keluarga di Bandar
Baru Nilai.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 78
enakmen sama kerana minum minuman memabukkan," katanya.
Beliau berkata, pihaknya sentiasa
menjalankan pemeriksaan dan serbuan secara mengejut bagi mengelak ada individu
beragama Islam yang melakukan kesalahan mengikut enakmen berkenaan. Sumber:
Harian Metro – Editor: Amylea Nazrul

Ulasan
Catat Ulasan