Chong Wei Menegur Pemain Muda Untuk Kelayakan Piala Thomas


KUALA LUMPUR – Datuk Lee Chong Wie menegur Zulfadli Zulkifli selaku pemain perseorangan professional, jika berhasrat mewakili Malaysia pada Kejohanan Berpasukan Asia di Alor Setar, Kedah serta Kelayakan Thomas 2018, dia perlu menyertai latihan bersama skuad kebangsaan.

Chong Wei merasakan tahap kecerdasan Zulfadli masih belum memuaskan, walaupun tahap permainan bekas juara remaja dunia 2011 itu hampir sama dengan pemain kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM)
  
"Saya ada berbincang mengenai perkara ini dengan Datuk Misbun Sidek (ketua jurulatih perseorangan lelaki), pada pendapat saya, jika Zulfadli mahu mewakili Malaysia dalam kejohanan ini, dia perlu menyertai latihan bersama skuad kebangsaan, tetapi ia bukanlah jaminan untuk dia terus mendapat tempat sebaliknya perlu melalui proses pemilihan.

"Kita perlu berlaku adil kepada semua pemain, kita perlu tengok sama ada dia boleh atau tidak mengikuti program latihan skuad kebangsaan.

“Kita tidak boleh pilih pemain sembarangan terutama membabitkan pemain di luar skuad kebangsaan kerana ini adalah kepentingan negara.

"Saya fikir BAM dan barisan jurulatih juga mengalu-alukan kedatangan Zulfadli untuk menjalani latihan bersama skuad kebangsaan.

“Jika dia betul-betul mahu bermain dalam Piala Thomas, dia perlu buktikan dia boleh ikut semua program latihan kita dan kita mahu tengok sejauh mana tahap dia.

"Di luar dia tidak cukup rakan sepelatih, tetapi di BAM boleh dapat semua itu," kata Chong Wei.

Chong Wei tidak memaksa Zulfadli untuk menyertai BAM secara tetap tetapi hanya untuk persiapan menghadapi pusingan kelayakan Piala Thomas.

Kedudukan Chong Wei dan pemain perseorangan kedua, Lee Zii Jia yang ketika ini sudah pasti disenaraikan dalam skuad negara, persaingan kini untuk merebut slot selaku perseorangan ketiga dan keempat.

Berdasarkan kedudukan ranking, Zulfadli ketika ini adalah perseorangan ketiga terbaik negara apabila berada di kedudukan ke-44 dunia di belakang Chong Wei (2) dan Zii Jia (42).

"Ini adalah kejohanan berpasukan dan penting untuk kita memiliki pemain yang ada watak pejuang. Boleh berjuang demi pasukan.


“saya fikir barisan jurulatih akan buat keputusan terbaik mengenai siapa yang layak disenaraikan dalam pasukan," kata Chong Wei yang membantu Malaysia muncul naib juara Piala Thomas 2014 di New Delhi, India – Sumber: Berita Harian, Editor: Farhana

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kanak-Kanak 7 Tahun Gila Akibat Terlalu Banyak Belajar

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Video Wanita Ketuk Keranda Bangkit Semula Dari Mati