Pelajar UPNM Didera Menggunakan Seterika Sehingga Maut.
Kes buli pelajar junior tak pernah hilang, tiap-tiap tahun ada saja kes buli yang di laporkan membabitkan kes buli yang melampaui batas sehinggakan ada yang menyebabkan kehilangan nyawa yang tidak berdosa.
Tidak pernahkah mereka fikirkan apa perasaan orang tua mangsa buli tersebut serta akibat daripada perbuatan tidak bermoral mereka itu.
Itulah yang berlaku kepada seorang pelajar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
(UPNM) telah meninggal dunia gara-gara didera dengan rakan menggunakan seterika
wap, petang semalam.
Pelajar tersebut dikenali sebagai Zulfarhan Osman
Zulkarnain, 21 tahun, merupakan pegawai kadet laut tahun tiga.
Beliau dipercayai mempunyai
kesan melecur apabila seterika wap ditekap di bahagian dada, kaki serta
tangannya.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein
mengesahkan perkara ini melalui satu muatnaik status di akaun twitter miliknya.
“Innalillah… sedih dan pilu pagi ini dengar berita kematian
Pegawai Kadet Laut @upnm, Zulfarhan Osman bin Zulkarnain. Al Fatihah.
“Saya telah arahkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan UPNM
untuk jalankan siasatan dengan kadar segera. Tiada siapa akan terlepas daripada
tindakan undang-undang jika didapati bersalah, ” tulis beliau.-suaratv
Ulasan
Catat Ulasan