Kanak-Kanak Perempuan Dibesarkan Sekumpulan Monyet.
INDIA – SEORANG kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam
hutan di India Januari lalu, dipercayai telah dibesarkan oleh sekumpulan
monyet.
Kanak-kanak yang dianggarkan berusia sekitar 10 hingga 12
tahun itu bagaimanapun tidak boleh bercakap, tidak berpakaian, berjalan dan
berlari menggunakan tangan dan kaki, serta mengambil makanan menggunakan mulut.
Dia ditemui Januari lalu di sebuah kawasan hutan di utara
India oleh sekumpulan pemotong kayu, sebelum dihantar ke sebuah hospital di
bandar Uttar Pradesh.
“Ketika mereka (kumpulan pemotong kayu) mahu menyelamatkan
kanak-kanak itu, mereka diganggu dan cuba dihalau sekumpulan monyet.
“Polis yang cuba membawa keluar kanak-kanak itu dari hutan
juga diserang monyet,” kata D.K. Singh, Ketua Supritenden Perubatan hospital
tersebut.
Satu kenyataan tentang penemuan kanak-kanak itu dibuat pada
Khamis oleh pihak polis, dan mereka kini sedang berusaha mengesan identiti dan
ibu bapa kanak-kanak terbabit.
Setakat ini, kanak-kanak itu dilaporkan sihat dan sudah
boleh berjalan dan makan seperti manusia.
Ulasan
Catat Ulasan