Bagaikan Dirasuk Syaitan!!! Ayah Campak Anak Dalam Bara Api
JAKARTA - INDONESIA . Bagaikan dirasuk syaitan, seorang ayah
sanggup mencampak anaknya yang masih kecil ke dalam bara api bahagian dapur
rumahnya hanya kerana isteri gagal menyiapkan makanan.
Menurut laporan Tribun News, bayi berusia 1.5 bulan
berkenaan bagaimanapun jatuh di bahagian tepi bara api dapur selepas dicampak
Taruna, 23 dalam kejadian Ahad lepas berkenaan.
Isteri Taruna, Yeni Maryani, 20 dengan pantas menyelamatkan
anaknya dan meminta tolong sementara Taruna melarikan diri.
Sebelum kejadian, Taruna mengamuk dan memukul isterinya
kerana gagal menyiapkan makanan. Ketika dipukul, Yuni sedang mendukung mangsa.
Jiran tetangga yang terdengar jeritan Yuni kemudian membantu
anak-beranak malang tersebut. Taruna pula ditangkap orang ramai tidak lama kemudian.
Sementara itu, bayi berkenaan mengalami cedera ringan
termasuk lebam di bahagian kepala. Kejadian masih disiasat polis.-Sinar Harian
Ulasan
Catat Ulasan