Tip Pilih Bingkai Cermin Mata Yang Sesuai Dengan Bentuk Muka
Gambar Hanna Farisha Anak Kepada Fauzi Nawawi Dan Lisdawati |
Kali ni kami nak kongsikan tips bagaimana caranya untuk
memilih bingkai cermin mata yang sesuai dengan bentuk muka.
Kita semua dilahirkan dengan pelbagai bentuk muka, ada yang
bentuk muka bulat, muka segi empat, muka bujur sirih dan bentuk muka seperti
hati. Pemilihan bingkai cermin mata yang betul dan padan dengan bentuk muka
harus diambil kira jika nak kelihatan cantik dan bergaya.
Mari lihat, cermin mata jenis apa yang bersesuaian dengan
bentuk muka anda:
Bentuk Muka Bulat
Bagi yang memiliki bentuk muka bulat, bingkai kaca mata
bersegi sesuai untuk untuk anda. Elakkan dari memakai bingkai yang berbentuk
bulat kerana ia akan membuatkan muka kelihatan bulat seperti belon.
Bentuk Muka Segi Empat
Untuk anda yang mempunyai raut wajah yang bersegi, bingkai
kaca mata berbentuk bulat lebih sepadan buat anda.
Bentuk Muka Seperti Hati
Jika anda rasa anda mempunyai bentuk muka seperti hati, cuba
gayakan cermin mata yang lebih simple dan tidak serabut kerana bahagian dahi
anda sudah cukup luas. Cermin mata tanpa bingkai atau berbentuk ‘cat eye’
adalah paling sesuai untuk anda.
Bentuk Muka Bujur Sirih
Anda boleh menggayakan hampir semua bingkai cermin mata yang
ada. Nak nampak lebih menarik, cari bingkai cermin mata yang sama lebar dan
dengan wajah anda. Tetapi elakkan dari memakai bingkai yang terlalu besari dari muka anda.
Ulasan
Catat Ulasan