Maafkan Saya Abang- Isteri Kepada Suami Bunuh Diri Secara Live Di Facebook.
Tangis pilu keluarga mengiringi Jenazah lelaki yang membunuh
diri secara live di faceboook ketika dikebumikan semalam. Isteri dan anak-anak
arwah turut hadir dalam pekebumian tersebut.
Keluarga tidak dapat menahan rasa sedih, terutama sekali
isteri arwah Dina Fitrianti, beliau merasa kesal dengan tindakannya.
“Maafkan saya abang” katanya sambil memeluk tanah pekuburan
suaminya itu, empat anaknya juga turut berada di situ, tidak terkecuali dengan
anak lelaki mereka yang masih berumur 4
tahun.
Berkait dengan kejadian itu isteri arwah dikatakan menjadi punca
arwah suaminya bunuh diri.
Menurut penduduk Setempat, sebelum arwah suaminya membunuh
diri, pasangan itu bergaduh di luar rumah hingga dibawa ke rumah ketua kampung.
Ketika di rumah ketua kampung Dina Febrianti desak arwah
suaminya menceraikannya, Namun arwah hanya diam membisu dan balik kerumah
semula.
Sidiq yang merupakan ketua kampung menyatakan pasangan itu
bergaduh berpunca daripada Dina Febrianti yang ditegur suami kerana terlalu
kerap chetting dengan lelaki lain di laman media sosial.
Bagaimanapun Dina Fitrianti tidak menyangka bahawa lelaki
yang menjadi suaminya selama 17 tahun itu sanggup membunuh diri.
Video Suami Bunuh Diri Secara Live Di Facebook Setelah Kecewa Ditinggalkan Isteri pic.twitter.com/y8LagNMsuk— Wartawan Jalanan (@W_Jalanan) 18 Mac 2017
Ulasan
Catat Ulasan