Abang Meliwat Adik Kandung Sehingga Mati

Seorang gadis bernama Ririn berusia 17 tahun ditemui meninggal dunia di Kota Kediri dipercayai dibunuh selepas menolak ajakkan liwat oleh abang kandungnya sendiri.

Mangsa merupakan anak kepada pasangan Adi Triwahono dan Ita. kedua mereka tidak menyangka jika anak-anaknya mengalami kekerasan seksual sehingga meninggal di tangan saudaranya sendiri. “Saya ingin dia dihukum mati,” kata Ayah mangsa yang juga merupakan ayah kepada tertuduh ketika ditemui di Kelurahan Burengan berhubungan kejadian tersebut pada hari Sabtu yang lepas.

Mereka mengatakan hubungan antara abang dan adik tersebut sememangnya tidak mempunyai sebarang masalah dan dia tidak pernah curiga langsung ketika kejadian ini terjadi, yang lebih menghairankannya lagi kelakuan anak pertamanya ini ternyata bukan hanya sekali kerana mengikut dari pengakuan dia mengatakan bahawa sudah dua kali dia telah melakukan perbuatan meliwat adik perempuannya itu.

Dua hari sebelum kejadian tersebut merupakan hari terakhir keluarga ini menyaksikan anaknya berada dalam keadaan sihat. Ketika dijemput dari tempat kerja, Ririn ditemui dalam keadaan seluar terbuka setengah dan wajah yang di tekap dengan menggunakan bantal.

Polis yang melakukan siasatan dan bedah siasat membuat laporan bahawa terdapat kesan kekerasan seksual pada dubur mangsa. manakala penyebab kematiannya adalah kerana kekurangan oksigen di syaki akibat daripada di tekap dengan bantal. Pihak polis tidak mengambil masa yang lama bagi menahan abang kandung mangsa yang diketahui merupakan orang terakhir yang dilihat bersama mangsa sebelum ditemui meninggal dunia.

Ketua polis Resor Kota Kediri Ajun Komisaris Besar Wibowo mengatakan Suspek sudah di tahan dan mengakui perbuatannya. Suspek telah mengaku ketika di soal siasat dengan mengatakan bahawa dia telah melakukan perbuatan meliwat adiknya itu pertama kali pada Januari yang lalu.

Akibat ketagihan dia kembali mengulangi perbuatannya pada hari Jumaat kelmarin tetapi mangsa melawan. Ririn meronta-ronta ketika hendak di liwat sehingga membuatkan tertuduh kesal dan menekap muka mangsa dengan bantal sebanyak dua kali. “Mangsa meninggal dunia akibat tidak dapat bernafas,” kata Wibowo.

Akibat dari hujahnya itu suspek di sabitkan dengan Akta 80 ayat 23 Undang-Undang Perlindungan Anak dan kekerasan seksual dengan hukuman maksimum Seumur hidup penjara jika disabitkan kesalahan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kisah Benar, Isteri Aku Berlaku Curang Dengan Boss Aku.

Saya Terkejut Dijemput Menyertai Group WhatsApp Yang Menjijikkan Itu..

Suami Lumpuh, Isteri Curang Dengan Rakan Sekerja