6 Gambar Dan Identiti Lelaki Bersolek Kaburi Mata Jemaah Wanita Lain
Difahamkan, suspek berusia 21 tahun yang turut memakai
rekaan fesyen tudung terkini itu masuk ke surau berkenaan berpura-pura
menunaikan solat namun ditangkap mencuri beg tangan jemaah oleh seorang anggota
polis yang kebetulan berada di surau tersebut.
Sumber berkata, dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam,
suspek dikatakan masuk ke dalam surau dan memerhatikan keadaan sekeliling.
Pada waktu itu, seorang daripada jemaah berusia 19 tahun
yang juga penuntut kolej swasta dikatakan mengambil wuduk dan ke ruang solat
untuk menunaikan fardu Isyak di sebelah jemaah lain.
“Mangsa meletakkan beg tangan di sebelahnya dan terus
menunaikan solat tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal berlaku.
“Ketika itu, suspek yang berpakaian wanita terus mengambil
beg tangan mangsa sebelum cuba melarikan diri namun berjaya ditahan anggota
polis wanita yang sudah memerhatikan gerak-gerinya sebelum itu,” katanya.
Menurutnya, selesai solat, mangsa mendapati beg tangannya
hilang dan memaklumkan kepada pegawai keselamatan mengenai kehilangan itu dan
dia diberitahu ia sudah dibawa ke balai
polis bersama seorang pencuri lelaki.
“Beg yang dilarikan bersama wang tunai berjumlah RM408
bersama telefon bimbit berjaya ditemui semula,” katanya.
Semakan seterusnya mendapati suspek baru dibebaskan dari
Penjara Kajang 11 hari yang lalu dan mempunyai lebih 10 rekod jenayah lampau
bersabit kes curi dan dadah.
Hasil pemeriksaan mendapati suspek mengenakan mekap dan
berpakaian wanita untuk penyamaran dan masuk ke surau berkenaan tanpa dicurigai
jemaah lain.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan dan
suspek direman hingga esok,” katanya.
Difahamkan, pihak polis ada menerima beberapa laporan
berhubung kes kecurian di surau dan seorang suspek yang pernah menyamar sebagai
jemaah wanita dan melakukan jenayah itu pernah ditangkap sebelum ini.
Semalam orang ramai gempar dengan penularan gambar seorang
wanita bertudung di laman sosial yang didakwa ditahan anggota polis kerana
mencuri.
Apa mengejutkan netizen, wanita yang ditahan itu sebenarnya
seorang lelaki dan mempunyai beberapa rekod jenayah sebelum ini.
Ulasan
Catat Ulasan