Tombong Terkeluar Akibat Tidak Menjaga Pantang Selepas Bersalin
Pernah dengar atau baca tentang tombong? Pastinya tidak pernah.
Al-maklumlah perkara yang melibatkan golongan wanita bagi yang sudah pernah
bersalin. Walau bagaimanapun, ada pentingnya juga golongan suami mengambil tahu
tentang tombong ini.
Jika si isteri tidak menjaga pantangnya, si suami wajiblah
membantunya. Sama-sama menjaga dan bantu membantu agar perkara ini tidak
berlaku pada isteri tercinta. Jika tidak dijaga dan tombong terpaksa dipotong,
mungkin itulah kali terakhir si isteri mengandungkan zuriat keturunan suaminya.
Kisah keluar tombong (rahim). Semoga menjadi pengajaran
kepada semua.
Dulu saya tak pernah tahu ‘tombong’ itu apa. Bila sebut
tombong, saya bayangkan serombong kapal. Rupa-rupanya salah.
KISAH 1
Pertama kali saya mendengarnya dari mak mentua yang selalu
cerita di zaman kanak-kanaknya dia pernah ternampak seorang nenek yang membasuh
pakaian di tepi sungai sambil mencangkung, akan ternampak tombongnya keluar.
Sambil tertanya-tanya apa yang dilihatnya itu, sambil itu juga tombong itu
berayun ke sana sini seperti buai.
Balik ke rumah, arwah nenek suami memberitahu mak mentua
bahawa itu adalah tombong. Orang perempuan yang tak menjaga pantang dan yang
main-main dalam pantang, itulah hasilnya.
Sehingga sekarang mak mentua memang selalu ingatkan tentang
keluar tombong ini. Bagi orang tua dulu, sekali dah keluar tombong, memang
tamatlah fungsi sebagai seorang wanita. Dah tak boleh buat apa. Pergi hospital,
potong saja.
KISAH 2
Boleh kongsi bagaimana anda berpantang? Apa pendapat mak dan
orang sekeliling anda tentang berpantang selepas bersalin? Wajib atau
mengada-ngada atau kolot?
Kisahnya, ada seorang sahabat baik arwah ayah yang merangkap
sahabat baik keluarga adalah seorang pakar urut saraf. Pakcik Hassan namanya,
menetap di Gombak. Pakcik Hassan buka tempat urutan saraf. Arwah mak kepada
Pakcik Hassan pula memang seorang bidan tersohor. Jadi secara tidak langsung,
Pakcik Hassan cerita yang dia banyak juga belajar dari mak dia tentang orang
perempuan.
Untuk pengetahuan, Pakcik Hassan tak buat urutan bersalin.
Hanya mengurut bagi mereka yang terkena slipdisc, jatuh, lumpuh dan kes-kes
kritikal yang lain sahaja.
Satu hari, dari biliknya rumah sewanya yang sederet dengan
pelajar UIA lain, Pakcik Hassan terhidu bau sesuatu. Makin lama makin kuat,
kembang kempis hidung dia menahan bau itu. Sangat kuat, baunya seperti bangkai
seperti membuatkan dia mengalami pening kepala.
Tiba-tiba pintu bilik diketuk awal. Biasanya Pakcik Hassan
akan menunggu isteri datang menemankan dia mengurut sampai malam. Waktu
mengurut belum bermula lagi ketika waktu pintu diketuk.
Dibuka pintu, tengok ada seorang perempuan muda dan ibunya
datang. Perempuan itu menangis-nangis menahan kesakitan. Bau busuk pada ketika
itu memang sangat tajam dan teruk! Dah tak terkata apa, cuma perkataan minta
tolong sahaja dari perempuan muda ini yang berusia 21 tahun.
Menurut ibunya, anaknya sudah tidak mampu menangis sakit dan
menangis kerana keluar tombong. Bau tadi rupanya hasil dari tombong terkeluar
tadi. Bayangkan betapa busuknya bau sampai dari jauh pun boleh terhidu.
“Pantang macam mana?” soal Pakcik Hassan.
“Dia memang tak hirau cara berpantang yang betul. Bagi dia,
berpantang itu sangat kolot, old fashion dan mengada-ngada. Jadi disebabkan
mahu menyenangkan dia, malas jaga anak ketika dalam pantang, dia beli saja
makanan di kedai luar. Mi goreng, nasi goreng, sup sayur, ayam goreng dan
pelbagai lagi. Bagi dia, asalkan anak kenyang, bayi cukup susu, sudah,” kata
ibunya.
“Suaminya mana?” soal Pakcik Hassan lagi.
“Suaminya sudah keluar dari rumah sebab tak tahan bau
bangkai. nak tolong isteri, jauh sekali. Yelah, sama-sama muda, isteri tak
boleh pakai, keluarlah rumah,” jelas si ibu.
Dalam keadaan serba salah, Pakcik Hassan menjelaskan bahawa
isteri dia belum datang. Tetapi ibu perempuan itu merayu-rayu agar anaknya
dibantu. Sudah pergi ke hospital tetapi hendak dipotongnya tombong itu. Entah
dan tidak pasti sama ada itu memang jalan terakhir atau tidak.
Pakcik Hassan pun pergi ke farmasi untuk membeli sarung
tangan dan beberapa perkakasan lain. Kemudian balik semula ke biliknya untuk
memulakan rawatan (rawatan pertama dan terakhir kes sebegini yang Pakcik Hassan
buat atas sebab belas kasihan).
Selesai menyiapkan diri, Pakcik Hassan tolak tombong itu
masuk ke dalam! Akibat terlampau sakit, perempuan muda itu pengsan. Selepas
diurut, ditungku dan disapu ubat, 30 minit kemudian barulah perempuan itu
sedarkan diri.
Tahu apa perkataan pertama yang keluar dari mulut dia?
“Nak nasi, pakcik.”
Rupa-rupanya sebab tak tertanggung sakit keluar tombong,
jadi sampai tak lalu makan beberapa hari. Kasihan betul.
Bila dengar cerita Pakcik Hassan, memang boleh naik bulu
roma menahan ngeri. Bersalin pun sakit, ini pula tombong ditolak masuk ke dalam
semula dengan cara paksa. Tidaaakkk!! Tiba-tiba rasa jelly-jelly kaki.
Apa kisahnya selepas itu? Saya pun tak tahu, tak tanya pula
Pakcik Hassan sama ada dia ada bertemu semula dengan perempuan muda itu atau
tidak. Saya harap ibunya sedar betapa pentingnya yang ‘kolot’ ini.
KISAH 3
Jagalah diri dan kesihatan dalaman baik-baik. Saya pernah
rasa sakit rahim jatuh (belum sampai tahap tombong), sakit urat yang teruk,
meroyan hampir hilang akal.
Walaupun ada mak dan mak mentua yang banyak berpesan, tetapi
sebagai orang muda, kita ada waktu sombong kita juga.
Banyak jamu dan ubat yang dijual di pasaran. Boleh pilih
mana yang terbaik. Saya sendiri pun sudah mencuba pelbagai jenama sebelum kena
bising dengan mak. Ada yang serasi, ada yang tidak. Tetapi yang penting dah
tahu perbezaan dan kesan pada badan.
Antara jamu yang pernah digunakan:
1.Saya suka Jamu Susuk Dara sebab saya beli, makan mengikut
nasihat yang diberikan oleh seller yang peramah orangnya dan baik.
2.NR pun saya pernah cuba. Dapat hadiah dari sepupu abang
ipar. Saya serasi dengan produk tersebut. Consultation pun saya dapat dengan
betul.
3.Ambar Kenanga juga pernah dimakan tetapi tidak serasi. Tak
pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.
4.Mak Dara juga pernah dimakan. Terlampau panas dan sentiasa
dahaga. Kesibukan bekerja pada waktu itu membuatkan saya selalu terlupa minum
air. Juga tidak pasti sama ada jenama ini masih wujud atau sebaliknya.
5.Makjun homemade paling serasi dan berkesan dengan saya
adalah dari Terengganu. Makcik abang ipar yang buat. Tapi sekarang dah tak
buat. Sayangnya.
6.Makjun Mekah pun saya pernah makan. Serasi juga tetapi
selalu lupa simpat, jadinya naik berkulat. Tetapi sekarang saya lebih selesa
bercemu.
Mastura Ab Rashid
Ulasan
Catat Ulasan