Ahli Politik Ditangkap Khalwat Dengan Isteri Polis.
Seorang ahli politik Ahmad Yantenglie berpangkat datuk
bandar ditangkap khalwat dengan seorang wanita Farida Yeni yang merupakan
isteri anggota polis pada beberapa hari
yang lepas telah menjadi perbincangan hangat media Indonesia.
Lebih mengejutkan, suami kepada Farida Yeni turut ikut dalam
serbuan kira-kira pukul 02:00 pagi itu.
Kes berkenaan menjadi rumit dan sukar apabila keduanya
mengatakan bahawa mereka sudah pun berkahwin secara siri di bogor serta mereka
juga mengakui telah melakukan hubungan suami isteri itu lebih dari sekali.
Terbongkarnya kisah asmara kedua pasangan berkenaan bermula dari kecurigaan suami Farida Yeni
yang balik dari kerja dan mendapati isterinya tidak berada di rumah sekitar
pukul 1.00 pagi.
Suami Farida kemudian mencarinya di rumah rakan-rakan
isterinya kerana sebelumnya beliau dimaklumkan isterinya pergi ke rumah kenalannya
di alamat berkenaan.
Setelah sampai di depan rumah yang di tuju, beliau mengintai
dari tingkap ke dalam rumah dan melihat beg isterinya dan juga kotak rokok di
ruang tamu rumah itu.
Beliau kemudian masuk dengan membuka pintu secara paksa
sebelum menemui isterinya di dalam bilik dengan seorang lelaki tidur dalam
keadaan bogel.
Pihak polis yang menerima panggilan terus ke lokasi kejadian
dan menahan kedua-duanya, bagaimana pun kedua pasangan berkenaan telah di tahan
dan di kenakan tuduhan mengikut seksyen 284 KUHP, jika sabit kesalahan akan
dikenakan hukuman 9 bulan penjara.
Ulasan
Catat Ulasan